Tangguh AGM Umno: Amaran jangan tekan parti

Diterbitkan: Rabu, 4 Mac 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Dua ahli Umno yang menggesa supaya Perhimpunan Agung Umno ditangguhkan sehingga kes politik wang dalam parti diselesaikan sebelum 25 Mac ini tidak ada hak untuk memberi tekanan sedemikian kepada parti utama Barisan Nasional (BN) itu.

Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, tidak ada sebarang peruntukan dalam Akta Pertubuhan dan Perlembagaan UMNO yang mengatakan Perhimpunan Agung Umno tidak boleh diadakan melainkan masalah politik wang telah selesai.

"Saya telah menyebut sekiranya ada laporan yang telah dihantar yang menunjukkan penyelewengan berlaku, tindakan mesti diambil sebelum Perhimpunan Agung Umno berlangsung.

"Jika ada sebarang penyelewengan berlaku, tidak semestinya Perhimpunan Agung UMNO dibatalkan," katanya dalam kenyataan yang disiarkan laman web Umno.

Semalam, Ketua Cawangan Umno Muar, Datuk Kadar Ninam Shah dan ahli Umno Subang, Datuk Mazlan Harun menggesa perhimpunan agung parti yang dijadualkan 24 hingga 28 Mac ini ditangguh supaya kes-kes politik wang yang dikemukakan kepada Jawatankuasa Disiplin dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dapat diselesaikan.

Mereka juga akan mendapatkan perintah injuksi mahkamah sekiranya semua kes politik wang gagal diselesaikan sebelum perhimpunan agung.

Berhubung tindakan dua ahli Umno itu yang mendakwa laporan yang dibuat mereka ke atas Presiden Umno, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan timbalannya, Datuk Seri Najib Tun Razak kepada SPRM pada 4 September lalu berhubung penyalahgunaan kuasa, Tengku Adnan berkata, hal itu menunjukkan tuduhan terhadap kedua-dua pemimpin tertinggi parti itu bukan menjurus kepada politik wang.

"Jika ada unsur-unsur politik wang di mana peringkat sekalipun, sudah pasti SPRM dan Lembaga Disiplin akan mengambil tindakan.

"Masalah ini wujud kerana persepsi Umno sebuah parti korup sedangkan Umno menjalankan amalan politik sihat," katanya.

Tengku Adnan turut mengingatkan dua ahli Umno itu berhubung Fasal 20.7 Perlembagaan UMNO yang menyatakan “mana-mana ahli yang membawa perkara parti ke mahkamah hilang keahliannya secara sendirinya”.

"Sementara itu, mengikut Seksyen 18 C Akta Pertubuhan, 1966 melarang mahkamah daripada mendengar apa jua keputusan parti (termasuklah tarikh Perhimpunan Agung) dan selepas 25 Mac, jika pemilihan tidak dijalankan, ianya telah melanggar peruntukan Akta Pertubuhan, 1966 dan Perlembagaan UMNO yang menyatakan bahawa pemilihan mestilah diadakan tiga tahun sekali (atau 18 bulan selepas tiga tahun)," katanya.

Beliau berkata, persepsi tentang seseorang calon itu tidak diterjemahkan kepada satu realiti.

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan