Krisis Perak: Razaleigh syor pilihan raya, Mukhriz usul kompromi

Diterbitkan: Rabu, 4 Mac 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

DUN BAWAH POKOK... Sidang tergempar Dewan Undangan Negeri, yang dipanggil Speaker N. Sivakumar, dengan dihadiri kesemua ADUN Pakatan Rakyat diadakan di bawah pokok selepas dilarang memasuki bangunan SUK di Ipoh semalam. Ia merupakan detik baru krisis politik Perak yang bermula 25 Januari lalu. Krisis baru ini tercetus ketika hampir genap setahun selepas pilihan raya umum ke-12 diadakan 8 Mac 2008.
DUN BAWAH POKOK... Sidang tergempar Dewan Undangan Negeri, yang dipanggil Speaker N. Sivakumar, dengan dihadiri kesemua ADUN Pakatan Rakyat diadakan di bawah pokok selepas dilarang memasuki bangunan SUK di Ipoh semalam. Ia merupakan detik baru krisis politik Perak yang bermula 25 Januari lalu. Krisis baru ini tercetus ketika hampir genap setahun selepas pilihan raya umum ke-12 diadakan 8 Mac 2008.

[DIKEMAS KINI, 7 PETANG] PETALING JAYA: Sambil menyifatkan krisis politik Perak semakin kelam, bekas Naib Presiden Umno, Tengku Razaleigh Hamzah hari ini menegaskan, segala tindak-tanduk bercanggah dengan Perlembagaan demi kepentingan politik peribadi perlu dihentikan.

Justeru, Razaleigh turut menggesa agar kuasa dikembalikan kepada rakyat untuk membuat pilihan baru mereka bagi menyelesaikan krisis berusia lebih sebulan itu.

Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Tun Mahathir pula mencadangkan agar kerajaan dan pembangkang berkompromi dan bekerjasama bagi menyelesaikan kemelut politik di Perak yang dilihatnya "tidak adil" kepada rakyat negeri itu.

Razaleigh yang juga bekas Menteri Kewangan itu menambah, "mereka yang secara acuh tak acuh mengingkari Perlembagaan bagi manfaat politik secara langsung memusnahkan lagi asas-asas negara ini bagi kepentingan politik mereka."

"Ini perlu dihentikan," kata beliau, yang telah beberapa kali mempersoalkan isu itu sebelum ini, dalam tulisan terbaru blognya.

"Situasi politik di Perak menjadi semakin kelam dari sehari ke sehari, dengan ego dan reputasi sudah berakar berumbi dalam kedudukan-kedudukan yang tidak harapan," kata beliau.

"Terdapat cara yang mudah dan terhormat untuk meredakan situasi (ini) buat selama-lamanya: kembali kepada satu-satunya sumber kerajaan yang sahih, kehendak orang ramai yang diluahkan menerusi pilihan raya yang bersih dan adil.

"Barisan (Nasional) kemungkinan ingin memperlihatkan sedikit kemurahan hati dan keyakinan dengan memanggil pilihan raya (baru)," katanya.

Pandangan yang sama diutarakan oleh Majlis Peguam lewat petang semalam.

Notis perintah larang diadakan DUN tidak sah diserah Speaker

Presiden Majlis Peguam, Datuk Ambiga Sreenevasan mengesyorkan agar diadakan pilihan raya baru untuk keluar daripada krisis politik Perak termasuk beberapa insiden membabitkan soal perundangan dan kehakiman semalam.

"Tidak ragu-ragu bahawa akan ada lagi kes (baru) yang difailkan di mahkamah. Dan, publik terpaksa melalui kesan ketidaktentuan (politik semasa).

"Situasi ini sukar dipertahankan dan memerlukan satu perkara yang akan menyelesaikan secara konklusif - pilihan raya baru.

"Kini ada pintu peluang bagi keadaan ini berlaku. Biarkan orang ramai memutuskannya," kata Ambiga.

Krisis politik tercetus apabila Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bota, Datuk Nasarudin Halim menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR), komponen Pakatan Rakyat tetapi kembali ke Barisan Nasional (BN) beberapa hari kemudian.

Ia disusuli keputusan tiga ADUN Pakatan Rakyat yang mengumumkan bertindak sebagai wakil rakyat Bebas.

Perkembangan itu membawa kepada kedudukan ADUN di Dewan Undangan Negeri Perak yang seimbang - 28 bagi Pakatan Rakyat dan BN manakala wakil Bebas - Behrang, Changkat Jering dan Jelapang - menyatakan sokongan kepada BN.

Sultan Perak, Sultan Azlan Shah melantik ADUN BN, Datuk Dr. Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar menggantikan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin yang masih mempertahankan beliaulah Menteri Besar yang sah.

Ia membawa kepada beberapa kes difailkan di mahkamah dan tindakan Speaker memanggil sidang tergempar DUN, yang diadakan di bawah pokok selepas ADUN Pakatan Rakyat dilarang memasuki bangunan SUK semalam.

Dalam tulisannya, Razaleigh yang juga Ketua Umno Bahagian Gua Musang memberitahu, langkah BN mengambil alih Perak telah mencetuskan rantaian reaksi mengenai soal ketidaksahihan yang menyebabkan kemungkinan Perak berakhir dengan ketiadan sahih.

"Salah satu negeri yang paling maju menjadi sebuah negara yang gagal," katanya.

"Satu pembohongan membawa kepada banyak pembohongan. Setiap tindakan buruk menuju ke arah kemusnahan khususnya pembohongan atau pelanggaran yang berkaitan dengan sesuatu yang paling asas.

"Ini adalah prinsip yang kita ajar kepada kanak-kanak. Ia adalah mudah tetapi kebenaran univeral yang dipertunjukkan di Perak sekarang," katanya.

KOMEN MUKHRIZ

Sementara itu, Mukhriz yang juga Exco Pemuda Umno berpendapat kerajaan dan pembangkang berkompromi dan bekerjasama bagi menyelesaikan kemelut politik di Perak yang dilihatnya "tidak adil" kepada rakyat negeri itu.

Sambil mengakui krisis di Perak semakin membingungkan, beliau berkata keadaan itu hanya akan merugikan semua pihak jika dibiarkan berterusan.

"Buat masa ini seolaholah perkara yang penting kita ketepikan kerana kemelut politik ini. Itu saya fikir tidak wajar dan tidak adil untuk rakyat," katanya ketika ditemubual dalam program "Kerusi Panas" di Radio 24 petang ini.

Mukhriz, calon Ketua Pemuda Umno dalam pemilihan parti akhir bulan ini, mengulas soalan SMS yang diutarakan pengendali program itu, Datuk Seri Azman Ujang, mengenai tindakan sesetengah calon menggunakan isu Perak untuk menjadi popular.

Beliau berkata adalah lebih baik sekiranya Barisan Nasional dan pakatan DAP, PAS dan PKR bekerjasama untuk mentadbir negeri itu selain menyelesaikan masalah ekonomi yang dihadapi rakyat seperti pengangguran.

Mukhriz berkata, tinjauan mendapati 70 peratus daripada rakyat "sudah bosan dengan isu politik dan mahu semua pihak kembali ke pangkal jalan" untuk mentadbir negara dengan berkesan.

"Selagi tiada pihak yang mengalah selagi itu kemelut politik ini akan berpanjangan. Selagi kita melengahkan penyelesaian atau ruang masa untuk selesaikan masalah rakyat, itu akan merugikan semua pihak," katanya.

Mukhriz berkatam memandangkan keduadua pihak telah membawa perkara itu kepada perhatian undangundang, keputusan mengenai siapa yang berhak memerintah di Perak perlu diputuskan oleh mahkamah.

URUTAN DETIK KRISIS POLITIK DI PERAK

GALERI GAMBAR KRISIS POLITIK DI PERAK

Anwar pertahan sidang DUN Perak bahawa pokok

Sidang tergempar DUN Perak bawah pokok tidak bertamadun - pemimpin Umno

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan