Kenyataan Nik Aziz mengenai penggunaan perkataan Allah mengelirukan

Diterbitkan: Rabu, 4 Mac 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Kenyataan Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengenai penggunaan perkataan Allah oleh orang bukan Islam sangat mengelirukan umat Islam, kata penasihat agama kepada perdana menteri, Datuk Dr Abdullah Md Zin.

Katanya ini kerana ia boleh menimbulkan perpecahan dalam kalangan umat Islam dan menyentuh kesucian agama Islam daripada segi kepercayaan umat Islam bahawa Allah itu tiada anak dan tidak diperanakkan serta tiada sekutu bagi-Nya.

"Sememangnya masyarakat jahiliah ada menggunakan nama Allah sejak zaman Rasullullah S.A.W. lagi tetapi ia dalam bentuk yang salah dan menyeleweng seperti mereka mengatakan bahawa Allah itu mempunyai anak dan diperanakkan, malaikat merupakan anak perempuan Allah dan Allah mempunyai sekutu seperti berhala dan sebagainya.

"Sebab itu Rasullululah S.A.W. diutuskan untuk menghapuskan penyelewengan ini dan menyeru kembali kepada ajaran tauhid iaitu mengesakan Allah," katanya pada sidang akhbar bagi mengulas kenyataan Nik Aziz.

Pada 2 Mac lepas, Nik Aziz dilaporkan berkata tidak salah bagi orang bukan Islam menggunakan perkataan Allah bagi merujuk kepada Tuhan dengan alasan bahawa dalam alQuran sendiri ada menceritakan bahawa orang bukan Islam telah menggunakan perkataan Allah sejak zaman Nabi Muhammad S.A.W. lagi.

Dr Abdullah berkata perkataan Allah tidak boleh digunakan oleh orang bukan Islam dan penggunaan perkataan Allah hendaklah berasaskan kepada konsep tauhid seperti yang diajar oleh Islam sebagaimana yang terdapat dalam Surah al-Ikhlas dan ayat-ayat al-Quran yang lain. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan