URUTAN DETIK KRISIS POLITIK DI PERAK

Diterbitkan: Selasa, 3 Mac 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BERIKUT ialah perkembangan politik di Perak sejak tumbangnya kerajaan Pakatan di negeri tersebut.

[URUTAN SEMASA SEJAK 25 JANUARI]:

3 Mac: Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menetapkan Jumaat untuk merujuk kes semakan kehakiman Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin bagi mencabar kesahihan Datuk Dr Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar Perak ke Mahkamah Persekutuan untuk kepastian persoalan undang-undang, kata hakim Lau Bee Lan.

3 Mac, 9 pagi - 5 petang: Sidang tergempar diadakan di luar bangunan SUK manakala Mahkamah Tinggi Ipoh pula mengeluarkan perintah melarang Speaker Dewan Undang Negeri (DUN) Perak V. Sivakumar daripada mengadakan sebarang sidang DUN yang tidak mengikut undang-undang.

2 Mac, 3 - 5 petang: Menteri Besar Perak Datuk, Dr. Zambry Abdul Kadir dan enam Exco kerajaan negeri hari ini memfailkan permohonan supaya Mahkamah Tinggi di sini mengisytiharkan keputusan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) V. Sivakumar yang menggantung dan melarang mereka menghadiri persidangan DUN sebagai terbatal dan tidak sah.

2 Mac, 4 petang: Pengumuman bahawa pintu utama Bangunan Perak Darul Ridzuan di Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab akan ditutup esok dikeluarkan. Notis Penutupan berkenaan telah ditampal di kompleks yang menempatkan pejabat Menteri Besar Perak, Setiausaha Kerajaan Negeri dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak.

2 Mac, 11 pagi: Exco kerajaan negeri Perak, Mohd Zahir Abdul Khalid menyerahkan notis untuk merujuk Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) V. Sivakumar kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan dewan itu atas dakwaan salah laku.

Notis yang mengandungi laporan salah guna kuasa oleh Speaker, menghina DUN serta tidak taat setia kepada titah Sultan Perak Sultan Azlan Shah itu diserahkan kepada setiausaha politik Sivakumar, A. Basu di pejabat Speaker di Bangunan Perak Darul Ridzuan pada 11 pagi.

1 Mac: Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak pula berkata sidang tergempar Dewan itu Selasa ini adalah sah dan akan diadakan seperti yang telah ditetapkan. Sivakumar berkata beliau dengan pakar undang-undang perlembagaan telah meneliti peruntukan Undang-undang Tubuh dan Perintah-perintah Tetap Perak dan mendapati beliau mempunyai kuasa untuk memanggil sidang tergempar itu.

1 Mac: Setiausaha Dewan Negeri Perak, Abdullah Antong Sabri berkata cadangan Yang Dipertua Dewan Negeri Perak untuk memanggil satu sidang tergempar dewan itu pada Selasa ini adalah tidak sah dan tidak boleh diadakan kerana tidak mendapat perkenan Sultan Perak berdasarakan Perintah Tetap Dewan Negeri serta UndangUndang Tubuh Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan.

27 Februari: Speaker DUN Perak V. Sivakumar mengumumkan sidang tergempar DUN akan berlangsung 3 Mac.

23 Februari: Polis mengambil keterangan Speaker DUN Perak V. Sivakumar berhubung laporan polis yang dibuat oleh sepasukan tiga pegawai dan seorang anggota Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Ibu Pejabat Polis Kontijen Perak.

Bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkata, Pakatan Rakyat akan membawa usul undi percaya terhadap "kepimpinannya" sebagai ketua kerajaan negeri yang "sah" apabila Dewan Undangan Negeri (DUN) bersidang.

22 Februari: Nizar mula mengosongkan kediaman rasmi Menteri Besar di Ipoh.

18 Februari: Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, V. Sivakumar menggantung dan melarang Zambry serta enam anggota exconya daripada menghadiri sidang dewan antara 12 dan 18 bulan berkuatkuasa serta-merta. Sivakumar mendakwa tindakan Zambry dan enam exco itu mengangkat sumpah jawatan mereka adalah bertentangan dengan Undang-undang Tubuh Negeri serta menghina DUN.

13 Februari: Nizar mengemukakan permohonan di Mahkamah Tinggi bagi mendapatkan perisytiharaan bahawa beliau masih merupakan Menteri Besar Perak yang sah.

Nizar, 52, juga memohon mahkamah mengeluarkan perintah deklarasi bahawa Datuk Dr Zambry Abdul Kadir, yang telah dilantik sebagai Menteri Besar Perak yang baru pada 6 Februari lepas, tidak berhak memegang jawatan itu.

7 Februari: Kira-kira 3,000 penyokong Barisan Nasional (BN) pagi tadi mengadakan demonstrasi secara aman di Ipoh bagi menunjukkan sokongan mereka kepada Sultan Perak, Sultan Azlan Shah.

6 Februari: Nizar dalam sidang medianya berkata, beliau akan memfailkan permohonan di Mahkamah Tinggi Ipoh untuk mengisytiharkan angkat sumpah Menteri Besar baru, Dr Zambry sebagai tidak sah. Beliau enggan meletak jawatan sebagai Menteri Besar Perak atas keyakinan yang beliau masih secara sah memegang jawatan itu di bawah Undang-undang Tubuh Negeri Perak.

6 Februari: Upacara mengangkat sumpah Dr Zambry sebagai Menteri Besar Perak berakhir.

6 Februari: Speaker V. Sivakumar berkata, beliau telah menghantar dua pucuk secara peribadi dan faks kepada Sultan Perak memohon perkenan baginda untuk mengadakan mesyuarat DUN tergempar dan menangguhkan upacara mengangkat sumpah Menteri Besar baru.

6 Februari: Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin memasuki bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri menggunakan kenderaan rasmi baru kerajaan negeri, Toyota Camry. Beliau dibenarkan melalui pintu masuk utama di jalan utama yang menghala bangunan tersebut pada pukul 9.50 pagi. Kesemua 10 Exco Pakatan Rakyat yang bersama beliau juga dibenarkan masuk. Kemudian Nizar diiringi keluar daripada pejabat MB. Ketua Polis Ipoh, Azisman Alias yang turut menghalang Nizar daripada mengadakan sidang media di pejabat tersebut.

5 Februari: Perdana Menteri mengumumkan ADUN Pangkor, Datuk Dr. Zambry Abdul Kadir dilantik menjadi Menteri Besar Perak yang baru. Sultan Perak Sultan Azlan Shah telah memperkenan pemilihan Zambry sebagai Menteri Besar.

5 Februari: Sultan Azlan Shah tidak berkenan membubarkan DUN Perak dan meminta Nizar meletak jawatan sebagai Menteri Besar. Jika tidak, jawatan itu dianggap kosong.

5 Februari: Najib memberitahu wartawan yang beliau telah memberitahu Sultan Azlan Shah bahawa BN mempunyai majoriti untuk membentuk kerajaan negeri Perak. Katanya, Sultan akan menitahkan keputusannya tidak lama lagi.

4 FEBRUARI, 9 MALAM: Di IPOH: Menteri Besar Perak menghadiri mesyuarat tergempar PAS.

4 FEBRUARI, 5.45 PETANG:Di IPOH: Menteri Besar Perak mengadap Sultan Perak di Istana Kinta untuk menjelaskan kedudukan senario politik di Perak dan meminta perkenan pembubaran DUN.

4 FEBRUARI, 5 PETANG:Di PUTRAJAYA: Sidang media di pejabat Timbalan Perdana Menteri mengumumkan sokongan empat ADUN Pakatan Rakyat kepada BN. BN mempunyai peluang untuk membentuk kerajaan negeri di Perak.

4 FEBRUARI, 3.50 PETANG:Di IPOH: Menteri Besar dilihat memasuki Istana Kinta untuk menghadap Sultan Perak, Sultan Azlan Shah.

4 FEBRUARI, 3 PETANG:Di IPOH: Menteri Besar membuat tindakan luar biasa dengan mengumumkan pembubaran DUN serta-merta sebelum memohon perkenan Sultan.

4 FEBRUARI, 1 TENGAH HARI:Di IPOH: Menteri Besar Perak menangguhkan sidang media yang dijadual diadakan di pejabatnya.

4 FEBRUARI, 11.50 PAGI:Di KUALA LUMPUR: ADUN Behrang bertegas akan memasuki DUN Perak dan tiada siapa yang berhak menghalangnya.

4 FEBRUARI, 11.30 PAGI:Di IPOH: Menteri Besar Perak ketika dihubungi mStar Online mengatakan bahawa tidak akan membubarkan DUN Perak.

2 FEBRUARI, PETANG-MALAM:Di IPOH: Pakatan Rakyat dan Parti Keadilan Rakyat mengadakan mesyuarat khas bagi membincangkan persiapan menghadapi pilihan raya kecil. Menteri Besar Perak dikatakan mengadakan pertemuan dengan Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim. DAP dan PAS - dua komponen Pakatan juga mengadakan mesyuarat antara petang dan malam ini.

2 FEBRUARI, 4 PETANG:Di SEPANG: Dua ADUN yang disebut-sebut akan hadir membuat sidang media tidak muncul. Exco Kerajaan Perak Jamaluddin Mohd Radzi gagal menghadirkan diri kerana masih sakit, kata pegawai khasnya, Firdaus Shaharudin.

2 FEBRUARI, 12.30 TENGAH HARI:Di PETALING JAYA: Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Yusof mengesahkan sudah dimaklumkan tentang kekosongan dan akan mengadakan mesyuarat esok.

2 FEBRUARI, 10 PAGI:Di IPOH: Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dilihat masuk mengadap Sultan Perak, Sultan Azlan Shah di Istana Kinta, Ipoh. Beliau keluar setengah jam kemudian selepas dipercayai memaklumkan mengenai perkembangan semasa politik negeri ini khususnya berkaitan isu percanggahan peletakan jawatan Jamaluddin dan Mohd Osman sebagai ADUN.

2 FEBRUARI, 10 PAGI:Di IPOH: Parti Keadilan Rakyat (PKR) tetap menganggap ADUN Behrang, Jamaluddin Mohd Radzi dan ADUN Changkat Jering Mohd Osman Jailu yang "hilang" sejak Isnin lepas sebagai wakil rakyat parti itu.

Menurut Pengerusi PKR Perak, Osman Abdul Rahman, kedua-dua wakil rakyat itu tidak membuat pengumuman keluar dari parti.

2 FEBRUARI, 8 PAGI:Di IPOH: Speaker Dewan Undangan Negeri Perak, V. Sivakumar menyerahkan surat secara rasmi memaklumkan kepada Pejabat Pilihan Raya Negeri Perak mengenai kekosongan kerusi bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Changkat Jering dan Behrang.

Surat rasmi itu telah diserahkan kepada Pengarah Pilihan Raya Perak, Ahmad Adli Abdullah pada pukul 8 pagi tadi.

2 FEBRUARI, 1.30 PAGI:Di SHAH ALAM: Laporan polis dibuat oleh wakil rakyat Pakatan Rakyat Perak, Mohd Osman Jailu melalui wakilnya berhubung isu mengosongkan kerusi Dewan Undangan Negeri kawasan Changkat Jering. Laporan dibuat oleh wakil Mohd Osman, Mohd Farizal Umar di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam di Seksyen 11.

1 FEBRUARI, 9.30 MALAM:Di IPOH: ADUN Behrang menafikan yang beliau ada menghantar surat letak jawatan kepada Speaker DUN dan mahu mencabar kesahihannya.

1 FEBRUARI, 6.40 PETANG:Di PETALING JAYA: Menteri Besar Perak hampir yakin kedua-dua ADUN Behrang dan Changkat Jering akan keluar Pakatan Rakyat.

1 FEBRUARI, 5.45 PETANG:Di IPOH: Dua ADUN perak daripada PKR yang "hilang" sejak Isnin lalu mengumumkan peletakan jawatan serta-merta. ADUN Behrang, Jamaluddin Mat Radzi dan ADUN Changkat Jering, Mohd. Osman Jailu menyerahkan surat peletakan jawatan itu di rumah beliau pada 5.45 petang tadi.

1 FEBRUARI, 10 PAGI: Di KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata ada kemungkinan ADUN dari Pakatan Rakyat di Perak akan menyertai BN.

1 FEBRUARI, 11 PAGI: Di IPOH: Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin meminta dua ADUN dari PKR yang "hilang" sejak Isnin lepas supaya mengisytiharkan segera pendirian jika telah keluar daripada kerajaan negeri Pakatan Rakyat Perak.

31 JANUARI: Di KUALA LUMPUR: Majlis Pimpinan Tertinggi PKR bermesyuarat malam ini dengan membincangkan secara mendalam isu ADUN Behrang Jamaluddin Mat Radzi dan ADUN Changkat Jering. Ia juga beranggapan bahawa kedua-dua mereka sudah hampir pasti keluar PKR.

30 JANUARI: Di IPOH: Menteri Besar Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin menafikan laporan mengenai anggota exco kerajaan negeri, Jamaluddin Mohd Radzi dan Kapt (B) Mohd Osman Mohd Jailu, kedua-dua daripada PKR, akan menyertai BN.

29 JANUARI: Di KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak dilantik sebagai Pengerusi Badan Perhubungan Umno Perak dan Pengerusi BN Perak bagi menggantikan Datuk Seri Mohd. Tajol Rosli Ghazali yang meletak kedua-dua jawatan itu berkuat kuasa serta-merta.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi pula dilantik sebagai Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Perak dan Timbalan Pengerusi BN Perak.

25 JANUARI: Di KUALA LUMPUR: ADUN Bota, Datuk Nasarudin Hashim keluar Umno dan BN untuk menyertai PKR dan Pakatan Rakyat.

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan