Kerajaan utama 4 perkara dalam keputusan PPSMI

Diterbitkan: Selasa, 3 Mac 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan mengutamakan empat perkara dalam membuat sebarang keputusan mengenai isu Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).

Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr Wee Ka Siong berkata, perkara itu ialah kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan akan terus dimartabatkan, penguasaan bahasa Inggeris di kalangan pelajar akan diperkasakan, peningkatan kompetensi guru dalam mengajar mata pelajaran sains dan matematik dan pencapaian murid dalam keduadua mata pelajaran itu.

Mengenai tarikh sebenar keputusan sama ada PPSMI akan diteruskan atau tidak, Wee berkata sebarang keputusan akan dibuat selepas perkara itu dibawa ke mesyuarat Jemaah Menteri bulan ini.

"Perkara ini akan dibawa ke mesyuarat jemaah menteri pada bulan ini dan segala keputusan akan dibuat...jadi sama-samalah kita menunggu keputusan yang akan dibuat oleh Kabinet berhubung dengan pelaksanaan PPSMI ini," katanya semasa menggulung perbahasan usul terima kasih titah ucapan Yang diPertuan Agong di Dewan Rakyat, semalam.

Pelaksanaan PPSMI sejak tahun 2003, telah mencetuskan kontroversi dan perdebatan, dan kebelakangan ini ia berkisar mengenai rasional sama ada dasar itu patut diteruskan atau sebaliknya.

Iu itu menjadi bertambah hangat apabila ahli akademik serta sasterawan menyertai segelintir ahli politik dalam menyuarakan bantahan mengenai penerusan dasar itu. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan