Tindakan ganti Exco Agama Pulau Pinang tiada kaitan dengan prestasi

Diterbitkan: Isnin, 2 Mac 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PULAU PINANG: Tindakan melantik exco lain menggantikan Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Mohammad Fairus Khairuddin sebagai Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Negeri bukan bermakna pemimpin itu tidak mencapai prestasi yang baik tetapi ia lebih kepada rombakan biasa untuk memantapkan kerajaan negeri.

Pengerusi Perhubungan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pulau Pinang, Datuk Zahrain Mohamed Hashim menegaskan bahawa tindakan itu tiada kaitan dengan prestasi Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Penanti itu dan hanya bertujuan meringankan bebannya.

Ketika dihubungi Bernama di sini, beliau berkata, tanggungjawab yang dipikul oleh Mohammad Fairus ketika ini agak berat kerana beliau juga mempengerusikan beberapa jawatankuasa lagi iaitu Pembangunan Usahawan, Koperasi, Penerangan dan Perhubungan Masyarakat.

Menurutnya, PKR tidak rugi apa-apa dalam proses rombakan kecil exco kerajaan negeri Pulau Pinang kerana jawatan itu masih diserahkan kepada seorang lagi exco daripada parti berkenaan iaitu Abdul Malik Abul Kassim yang juga ADUN Batu Maung.

"Rombakan ini telah saya persetujui selepas berbincang dengan Ketua Menteri Lim Guan Eng dan tidak salah memberikan tugas mengetuai portfolio agama itu kepada Abdul Malik kerana beliau hanya mengetuai dua jawatankuasa sahaja iaitu Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna," katanya.

Zahrain berkata, ini juga peluang yang baik kepada PKR untuk memberikan sumbangan yang lebih berkesan kepada kepimpinan kerajaan Pakatan Rakyat di Pulau Pinang.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai rombakan portfolio itu dan spekulasi kononnya rombakan tersebut dibuat berdasarkan prestasi Mohammad Fairus yang tidak menyerlah.

Katanya, beliau menyedari mengenai pelbagai dakwaan yang disebarkan di blog tertentu kononnya Mohammad Fairus tidak menunjukkan prestasi perkhidmatan yang baik dan menegaskan bahawa semua dakwaan itu perlu mempunyai bukti yang kukuh.

"Saya memang dengar macam-macam cerita mengenai Fairus tetapi kena ada bukti kukuhlah.

"Kalau setakat menulis dalam blog, saya rasa itu tindakan yang kurang sesuai sebaliknya pihak yang mendakwa itu perlu membuat aduan secara rasmi sama ada kepada parti mahupun pihak berkuasa yang berkaitan jika dakwaan mereka melibatkan soal penyalahgunaan kuasa," katanya.

Barisan exco kerajaan negeri dianggotai 11 pemimpin yang mana tiga daripadanya diwakili pemimpin PKR manakala bakinya daripada DAP.

Zahrain berkata, PKR Pulau Pinang telah menubuhkan sebuah pasukan petugas khas untuk memantau prestasi semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Ahli Parlimen dan Ahli Majlis Perbandaran bagi memastikan mereka memberikan sumbangan yang berkesan dan bermakna bukan sahaja kepada kerajaan negeri malahan rakyat.

Katanya, mereka yang tidak menunjukkan prestasi yang baik, terlibat dalam sebarang salah guna kuasa, penyelewengan atau rasuah akan digantikan pada pilihan raya akan datang demi memastikan imej PKR dipelihara dengan baik. BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan