Syor Hadi bentuk kerajaan perpaduan helah politik, kata Rafidah

Diterbitkan: Isnin, 2 Mac 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Ketua Wanita Umno, Tan Sri Rafidah Aziz berkata gesaan Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang untuk membentuk kerajaan campuran atas nama perpaduan membabitkan Barisan Nasional (BN) dan parti pembangkang merupakan helah politik yang mungkin menyebabkan perpecahan.

"Kami sudah mempunyai sebuah kerajaan perpaduan dalam BN.

"Kami mempunyai banyak parti komponen mewakili semua kaum di negara ini... jadi tidak perlu untuk kami membawa masuk manamana parti pembangkang.

"Jika apa pun, mereka mungkin masuk dan menyebabkan perpecahan dengan sikap mereka, cara anggota mereka mengingkari undang-undang dan perlembagaan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri perjumpaan bersama Majlis Tertinggi Umno dan calon Wanita Umno bagi pemilihan parti dengan perwakilan Umno Sabah di sini.

Barub0aru ini, Hadi dalam temu ramah dengan portal berita Internet, The Malaysian Insider, telah berkata memandangkan krisis ekonomi semasa dan keadaan politik negara, sudah tiba masa untuk pembentukan kerajaan perpaduan dan BN secara sendiri tidak boleh membawa keluar negara dari krisis ekonomi ini.

"Ini hanya helah politik, mungkin mereka hilang pengaruh di kawasan yang mereka fikir kubu kuat mereka.

"Oleh itu mereka ingin mendapat simpati dengan bercakap mengenai kerajaan perpaduan," katanya.

"Kami di BN amat yakin atas usaha kami menggalakan perpaduan negara dan amat penting jika pembangkang tidak menjejaskan perpaduan dalam negara ini dengan memainkan isu-isu perkauman, mendiskriminasi terhadap kumpulan dan menyemai rasa benci di semua tempat," kata Rafidah.

Oleh itu, katanya, di sebalik mempupuk sebuah kerajaan perpaduan dengan BN, pembangkang seharusnya mematuhi undang-undang dan elak meningkari perlembagaan negara bagi membolehkan kedua-dua pihak menyeleras usaha ke arah membangunkan negara ini.

Dalam perkembangan lain, ditanya mengenai peluangnya mengekalkan jawatan dalam pergerakan itu dengan dicabar oleh Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, Rafidah berkata, terpeluang kepada perwakilan membuat pilihan. BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan