Shahrizat: "Semua mainan politik sudah ketinggalan zaman"

Diterbitkan: Isnin, 2 Mac 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: "Saya tidak akan terpengaruh dengan mainan politik kerana kata putus di tangan perwakilan."

Itulah jawapan Naib Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil ketika diminta mengulas kenyataan Tan Sri Rafidah Aziz yang yakin akan mempertahankan jawatan tertinggi pergerakan itu pada pemilihan parti akan datang.

Bercakap kepada pemberita selepas menghadiri taklimat oleh Sekretariat Perlindungan dan Pemerkasaan Wanita Islam di sini hari ini, Shahrizat yang akan mencabar Rafidah pada persidangan perwakilan pergerakan itu pada 25 Mac berkata, dalam politik zaman ini, semua mainan politik sudah ketinggalan zaman.

"Anda tidak boleh lagi memperdayakan pengundi. Mereka tahu siapa yang mereka mahu, apa yang mereka mahu.

"Sudah tentu sebagai seorang calon, kita perlu berjuang, perlu bekerja keras untuk mencapai matlamat kita tetapi akhirnya, semuanya di tangan Allah.

"Jadi bagi saya, satu sahaja yang ingin saya katakan iaitu tunggu sehingga 25 Mac," katahya.

Rafidah dilaporkan berkata, beliau yakin dapat mengekalkan jawatan tertinggi Wanita Umno berdasarkan sokongan yang diterimanya daripada akar umbi dan bahawa beliau tidak akan bertanding jika beliau tahu akan kalah.

Mengenai khabar angin kononnya Wanita Umno telah berpecah kepada dua kumpulan satu kumpulan memihak kepada beliau dan sekumpulan lagi menyokong Rafidah, Shahrizat berkata, tidak berlaku perkara seperti itu.

"Sebenarnya di mana-mana saya pergi, saya tak nampak puakpuak itu... kita orang politik kita tahu bagaimana untuk berinteraksi, masa kita bertanding, ada yang sokong dan yang tidak sokong.

"Cara kita berkempen dan jaga silaturrahim buat secara berhemah, jaga tutur kata kita dan kita hormat pada orang yang berpendapat lain dari kita, selepas pertandingan takkan ada masalah," katanya.

Beliau berkata, adalah perkara biasa kepada semua calon untuk bersatu semula selepas pemilihan kerana mereka bernaung di bawah satu parti dan semua itu sebahagian daripada asam garam politik. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan