Pemilihan Presiden MIC: Bakal calon dakwa ugutan cuba halang pencalonan

Diterbitkan: Isnin, 2 Mac 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Datuk M. Muthupalaniappan yang berhasrat bertanding jawatan presiden MIC, hari ini mendakwa ada pihak tertentu dalam parti yang menggunakan ugutan dan taktik kotor untuk memastikan beliau tidak memperoleh 50 pencalonan yang diperlukan untuk bertanding jawatan tertinggi parti.

Beliau berkata, beberapa pemimpin dalam parti mengugut pengerusi cawangan supaya tidak mencalonkan beliau bertanding jawatan tertinggi itu atau cawangan mereka akan ditutup atas pelbagai sebab.

"Pelbagai ugutan digunakan. Taktik kotor ini untuk memastikan yang saya tidak mendapat cukup pencalonan untuk bertanding jawatan presiden.

"Jika pemilihan tidak adil, dengan itu apa gunanya bertanding," katanya kepada Bernama.

Muthupalaniappan pada tahun lepas mengumumkan hasrat bertanding jawatan tertinggi parti.

Beliau akan menentang penyandang Datuk Seri S. Samy Vellu, yang turut mengumumkan akan mempertahankan jawatan itu. Presiden MIC itu telah menerajui parti politik kaum India terbesar di negara ini sejak 1979.

Mengikut perlembagaan parti, calon jawatan presiden perlu mendapat 50 pencalonan, dan setiap pencalonan perlu mempunyai seorang pencadang dan lima penyokong, untuk layak bertanding. Semua pencadang dan penyokong perlu terdiri daripada pengerusi cawangan.

Presiden MIC akan dipilih oleh kirakira 3,700 pengerusi cawangan di seluruh negara. Parti menetapkan 22 Mac bagi penamaan calon jawatan presiden manakala pengundian ditetapkan pada 12 April.

Menyangkal spekulasi yang beliau akan menarik diri daripada pertandingan itu, Muthupalaniappan berkata: "Terdapat banyak spekulasi yang saya tidak akan bertanding tetapi saya akan tetap bertanding."

"Mereka cuba menghalang saya dengan menghalang orang daripada mencalonkann saya," katanya tanpa mendedahkan sebarang nama.

"Wujud ketidakadilan di sini. Mereka menangguhkan mesyuarat agung tahunan beberapa cawangan yang menyokong saya, terutama di Negeri Sembilan, supaya penyokong saya tidak layak untuk mengundi.

"Tetapi terdapat pemimpin cawangan yang mencalonkan saya... walaupun ramai yang takut dengan akibat daripada pihak yang lebih berkuasa," kata Muthupalaniappan.

Pemimpin berumur 68 tahun dari Seremban itu berharap pemimpin cawangan akan bertindak mengikut aspirasi 600,000 anggota MIC dan kaum India, yang mahu menyaksikan perubahan dalam pucuk pimpinan tertinggi MIC.

Beliau juga mendakwa beberapa pemimpin bahagian dan pengerusi negeri MIC, yang sepatutnya menjadi pegawai pemilihan dalam pemilihan jawatanpresiden, turut terlibat berkempen.

"Mengikut perlembagaan parti, pemimpin bahagian dan negeri ialah pegawai pemilihan pada pemilihan jawatan presiden.

"Jika mereka ialah pegawai pemilihan, mereka tidak dibenarkan berkempen dalam pemilihan.

"Ia sama seperti Suruhanjaya Pilihan Raya berkempen dalam pilihan raya. Ini salah," katanya.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan