PAS, PKR punca golakan politik - Ali Rustam

Diterbitkan: Isnin, 2 Mac 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: PAS dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) merupakan dalang kepada punca pergolakan politik semasa di negara ini, kata Naib Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Ali Rustam hari ini.

"Semua isu menentang Sultan atau kerabat diraja dimulakan oleh dua parti pembangkang ini.

"Mereka adalah pertama mengkritik Sultan. Selepas mereka mulakan, DAP, yang terdiri daripada anggota bukan Islam, juga turut mengikut jejak mereka.

"Orang Melayu dalam dua parti ini menunjukkan jalan untuk mengkritik kerabat diraja dan ini diikuti oleh bukan Melayu dalam DAP," katanya kepada pemberita selepas melancarkan kempen makanan Melaka di sini.

Ali Rustam, yang juga Ketua Menteri Melaka, berkata cadangan PAS untuk pembentukan sebuah kerajaan perpaduan di negeri-negeri seperti Perak tidak boleh dipercayai kerana "saya tidak pasti jika mereka bercakap kebenaran."

"Sebelum ini, mereka berkata mereka menyokong kerabat diraja tetapi jika ada keputusan diambil oleh kerabat diraja yang tidak memihak mereka maka mereka mula mengkritik kerabat diraja berkenaan.

"Apakah jenis sokongan seperti itu? Sama juga juga kepada hakhak keistimewaan yang diberikan kepada Bumiputera," katanya.

"Kedua-dua parti pembangkang ini merupakan punca kepada kebanyakan masalah politik di negara ini. Merek mengelirukan rakyat dan DAP mengambil kesempatan ke atas perkara-perkara ini.

"Karpal Singh mula mengeluarkan kenyataan sesuka hati kerana tahu akan mendapat sokongan dua parti ini yang majoritinya terdiri daripada orang Melayu," katanya.

Dalam perkembangan lain, Ali Rustam berkata negara ASEAN perlu melonggarkan peraturan cukai bagi membenarkan rakyat mereka melawat negara ASEAN lain tanpa membayar sebarang bentuk cukai kerana ini akan memulihkan industri pelancongan serantau ekoran kelembapan ekonomi global semasa.

Katanya Melaka, sebagai bandar warisan dunia, telah mencatatkan kedatangan 7.2 juta pelancong tahun lepas, itu melepasi sasaran 6.8 juta pelancong.

Bagi Januari, kami mencatatkan 650,000 kedatangan pelancong dengan 14 peratus daripada mereka adalah pelancong asing, katanya.

"Kami percaya jumlah ini akan meningkatkan tahun ini kerana kami memberi tumpuan kepada pelancongan domestik ekoran kelembapan ekonomi global. Kami juga menyiapkan beberapa produk pelancongan seperti gelanggang boling bertaraf dunia, dan taman tema air," katanya.

Ali Rustam berkata minggu lepas kerajaan Melaka juga menandatangani perjanjian dengan sebuah syarikat untuk membina sebuah perkampungan Arab di Pulau Melaka dengan kos RM200 juta.

Apabila projek itu siap menjelang akhir tahun ini, ia mampu menarik lebih ramai pelancong Arab ke Melaka, katanya. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan