Hakim baru dengar pergelutan undang-undang Nizar-Zambry esok - Berita Semasa | mStar

Hakim baru dengar pergelutan undang-undang Nizar-Zambry esok

Diterbitkan: Isnin, 2 Mac 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kes semakan kehakiman Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin bagi mencabar kesahihan Datuk Dr. Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar Perak, akan didengar oleh hakim lain Mahkamah Tinggi esok.

Kes tersebut ditetapkan di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi (Kuasa Khas dan Rayuan) Lau Bee Lan, enam hari selepas Pesuruhjaya Kehakiman Mohamad Ariff Md. Yusof menarik diri dari mendengar saman itu.

Seorang daripada peguam Nizar, Leong Cheok Keng, mengesahkan perkara itu ketika dihubungi.

Pada 25 Februari, Mohamad Ariff menarik diri, demi kepentingan keadilan, kerana sebelum pelantikannya sebagai pesuruhjaya kehakiman, beliau pernah mewakili Pas, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan juga Barisan Nasional (BN) dalam beberapa kes mahkamah termasuk kes petisyen pilihan raya.

Dalam permohonannya untuk semakan kehakiman, Nizar juga memohon tafsiran perlembagaan negeri Perak sama ada jawatan Menteri Besar boleh kosong dalam situasi di mana menteri besar berkenaan telah menasihatkan Sultan bagi pembubaran dewan undangan negeri; tidak ada pembubaran dewan tersebut; tidak ada usul tidak percaya dibuat terhadap beliau di dewan undangan negeri; tidak ada peletakan jawatan oleh beliau.

Nizar, dalam permohonannya berkata writ itu tentang quo warranto (cara mana) bagi Zambry menunjukkan sebab di bawah kuasa mana menteri besar yang dilantik BN itu menjadi menteri besar yang sah.

Nizar juga memohon perisytiharan bahawa beliau adalah menteri besar Perak yang sah dan injunksi menyekat Zambry daripada menjalankan tugas dan fungsi sebagai menteri besar.

Nizar juga memohon ganti rugi punitif, teruk dan contoh dibayar kepada beliau, di samping kos. BERNAMA

URUTAN DETIK KRISIS POLITIK DI PERAK

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan