Ekoran insiden gaduh, tahap keselamatan Parlimen diperketat

Diterbitkan: Isnin, 2 Mac 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

DIPERKETAT... Anggota polis mengawal 24 jam di laluan masuk ke Kompleks Parlimen hari ini. Kawalan keselamatan dipertingkatkan selepas kekecohan berlaku Jumaat lalu di Parlimen yang di percayai berhubung kenyataan Pengerusi DAP Karpal Singh yang menuduh Pemuda Umno sebagai celaka selain bertanggungjawab menghantar dua butir peluru pistol kepadanya. Berikutan itu kira-kira 15 Pemuda Umno bertindak menahan Karpal Singh daripada memasuki bangunan Parlimen sambil menuntut Anggota Parlimen Bukit Gelugor itu untuk memohon maaf. --fotoBERNAMA
DIPERKETAT... Anggota polis mengawal 24 jam di laluan masuk ke Kompleks Parlimen hari ini. Kawalan keselamatan dipertingkatkan selepas kekecohan berlaku Jumaat lalu di Parlimen yang di percayai berhubung kenyataan Pengerusi DAP Karpal Singh yang menuduh Pemuda Umno sebagai celaka selain bertanggungjawab menghantar dua butir peluru pistol kepadanya. Berikutan itu kira-kira 15 Pemuda Umno bertindak menahan Karpal Singh daripada memasuki bangunan Parlimen sambil menuntut Anggota Parlimen Bukit Gelugor itu untuk memohon maaf. --fotoBERNAMA

[DIKEMAS KINI] KUALA LUMPUR: Tahap kawalan keselamatan di kawasan Parlimen dipertingkatkan hari ini berikutan insiden minggu lalu yang berakhir dengan pergaduhan membabitkan beberapa Ahli Parlimen dan anggota Pemuda Umno Selangor.

Arahan meningkatkan tahap keselamatan itu dikeluarkan oleh Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

Sambil mengesahkan perkembangan tersebut, Timbalannya, Datuk Dr. Wan Junaidi Wan Jaafar berkata, aspek itu bukan hanya memfokus soal keselamatan semata-mata, sebaliknya ia perlu menjaga sensitiviti dan fungsi Parlimen sebagai kawasan terkawal.

"Saya akui kawalan keselamatan di sini (Parlimen) agak longgar sebelum ini.

"Jadi kita perlu akur bahawa amalan di Parlimen negara ini tidak boleh jauh berbeza dengan amalan Parlimen di negara lain.

"Kita perlu jadikan perkara ini sebagai satu pengajaran dan keadaan ini telah memaksa Ahli Parlimen dan pihak pentadbiran itu sendiri perlu membuat keputusan," katanya.

Pekarangan Parlimen tanggungjawab polis - Karpal

Tegas Wan Junaidi, orang awam yang tidak dibenarkan memasuki bangunan Parlimen tidak boleh dilabelkan sebagai pengganas.

Bagaimanapun, beliau menjelaskan, keputusan menetapkan peraturan kawalan ketat di Parlimen sama ada akan diteruskan atau tidak masih belum diketahui.

"Keputusan mengenai hal itu terletak di bawah bidang kuasa Speaker (Pandikar). Beliau kini di luar negara," katanya.

Sementara itu, Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Karpal menegaskan kawalan keselamatan yang diketatkan di bangunan Parlimen masih belum mencukupi kerana individu yang tidak sepatutnya masih boleh melepasi kawalan tersebut.

Beliau yang juga Pengerusi Kebangsaan DAP berkata, pintu Parlimen seharusnya mampu untuk menentukan orang yang keluar-masuk adalah orang yang betul dan benar-benar atas urusan ataupun jemputan oleh ahli-ahli Parlimen.

"Sekiranya orang yang dijemput oleh Ahli Parlimen ini menimbulkan masalah di Parlimen, seharusnya Ahli Parlimen itu yang bertanggungjawab diatas perbuatan mereka.

"Oleh itu pada pandangan saya, sekatan jalan yang diadakan dipintu masuk Parlimen hanya sekatan jalan semata-mata," katanya.

Dalam pada itu, tinjauan mStar Online hari ini mendapati kawalan keselamatan di bangunan Parlimen iperketatkan di mana setiap pelawat dikehendaki mendaftar diri dan mendapatkan pas masing-masing di kaunter tersebut.

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan