Ismalina ketengah misi, yakin Puteri bijak memilih

Diterbitkan: Ahad, 1 Mac 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

YAKIN... Ismalina Ismail salah seorang calon jawatan Ketua Puteri Umno yakin akan diberi peluang untuk menerajui sayap itu pada pemilihan hujung bulan ini. - foto The Star oleh RAJA FAISAL HISHAN
YAKIN... Ismalina Ismail salah seorang calon jawatan Ketua Puteri Umno yakin akan diberi peluang untuk menerajui sayap itu pada pemilihan hujung bulan ini. - foto The Star oleh RAJA FAISAL HISHAN

TUJUH calon merebut jawatan Ketua Puteri Umno pada pemilihan sayap parti itu 25 Mac ini. Namun Datin Ismalina Ismail, 38, yang penawaran untuk bertanding bukan hanya untuk mendapat tiket menerajui pergerakan itu, tetapi mahu bekerja dengan "lebih kuat untuk pergerakan yang begitu dekat di hatinya."

Walaupun beliau hanya memperoleh 26 pencalonan, jauh di belakang dua lagi calon iaitu Datuk Shahaniza Shamsudin dengan 63 pencalonan dan Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin yang mempunyai 61 pencalonan, namun beliau yakin semua calon mempunyai peluang sama rata menang.

Walaupun sibuk dengan tugas sebagai isteri dan ibu, memegang jawatan dalam dua pertubuhan bukan kerajaan dan kini sedang mengikuti pengajian di peringkat sarjana kedua dalam bidang kaunseling, namun disebabkan minat yang mendalam untuk berbakti dan mendidik anak muda untuk lebih maju ke hadapan, beliau beliau, "jawatan ini bukan satu beban baginya."

Katanya, jika ditakdirkan menang jawatan tertinggi itu nanti, ia akan menjadikan beliau lebih tekun bekerja dalam merealisasikan impiannya membawa Puteri ke satu tahap yang lebih membanggakan.

Berikut temu bual mStar Online bersama Ismalina yang merupakan isteri kepada Exco Pemuda Umno, Datuk Reezal Merican Naina Merican baru-baru ini.

MSTAR Sudah berapa lama Datin melibatkan diri dalam bidang politik?

ISMALINA Saya telah terlibat dalam politik sejak Puteri belum ditubuhkan. Pada masa itu, saya bergiat dalam cawangan. Saya pernah menjadi bendahari cawangan Taman Danau Kota Bahagian Wangsa Maju. Apabila Puteri hendak ditubuhkan, kami ditemu duga oleh Ketua Wanita Umno negeri. Justeru, kami dipilih dan dikenal pasti oleh Ketua Wanita bahagian dan kemudian dipanggil untuk ditemu duga. Pada masa itulah, saya bermula dengan Pergerakan Puteri Umno.

MSTAR Bagaimana Datin mendapat ilham untuk bertanding jawatan Ketua Puteri?

ISMALINA Hasrat untuk bertanding ini bermula sedikit demi sedikit sebenarnya... iaitu seawal tahun 2007, pada masa itu. Daripada dulu lagi, sudah ada orang atau kawan-kawan di peringkat akar umbi yang mengajukan cadangan ini (untuk bertanding) tapi pada masa itu, saya fikir memegang jawatan itu bukan boleh dibuat main-main kerana ia menuntut komitmen dan kita harus menilai kebolehan diri dan keupayaan untuk memimpin bukan hanya kepada 20 orang Exco tetapi kepada lebih 300,000 ahli Puteri.

Justeru, sejak 2007, saya banyak turun ke bahagian akar umbi untuk memberi taklimat tentang keahlian. Saya juga banyak memberi latihan kepada Puteri lebih kepada kepimpinan dan pengurusan. Maka daripada situ, semakin ramai yang memberi sokongan.

Pada 2007, apabila saya menganjurkan program di peringkat kebangsaan dan saya sendiri banyak mewakili pergerakan Puteri termasuk dalam pelan integriti nasional, menyaksikan proses pilihan raya di Amerika Syarikat... di situ timbul keyakinan dan saya rasa mampun dan berkebolehan untuk memimpin pergerakan Puteri.

MSTAR Bagaimana persediaan Datin untuk menghadapi pemilihan kali ini?

ISMALINA Pada saya persediaan itu seperti biasa kerana saya memang seorang yang bekerja daripada dulu. Jadi pada saya, apabila bertanding ini, tidak ada apa yang berbeza cuma pendekatan dengan akar umbi yang harus bersikap lebih mesra dan lebih jujur.

Daripada segi kerja, sebelum ini saya sering mengadakan program kerana saya seorang yang komited dan konsisten dalam melakukan program dan mengikut pemimpin turun ke bawah.

Contohnya, apabila ada yang menjemput saya untuk merasmikan program, saya akan turun. Jadi, saya tidak risau sangat dari segi itu.

MSTAR Bagaimana Datin melihat peluang untuk memenangi jawatan Ketua Puteri memandangkan perbezaan jumlah pencalonan antara Datin dan dua calon teratas agak besar?

ISMALINA: Saya yakin dengan peluang yang saya ada kerana jumlah pencalonan itu tidak menjamin kedudukan kemenangan seseorang. Saya melihat, ada banyak beza masa daripada bulan Oktober (masa pencalonan daripada Bahagian) sehingga ke bulan Mac. Sepanjang proses itu, banyak yang berlaku dan pendapat perwakilan berubah mengikut keadaan semasa.

Saya perhatikan, perkara itu diambil kira dalam memikat hati para perwakilan kerana kita kena lihat juga isu-isu yang berlaku dan bagaimana calon-calon ini berupaya untuk menangani dan membawa isu tersebut contohnya ketika pilihan raya kecil di Kuala Terengganu dan selepas ini di Bukit Gantang dan Bukit Selambau.

Perkara ini sebenarnya yang dilihat oleh perwakilan. Perwakilan sudah bijak memilih dan matang pada masa ini. Mereka tidak hanya melihat dan tidak hanya mendengar, sebaliknya mereka lebih memerhati dan menilai. Sebab itu saya yakin peluang saya cerah.

Jumlah pencalonan bukan satu ukuran kerana a jumlah pencalonan bukan satu ukuran sebab bila orang nak dapatkan sesuatu... jadi pada saya pencalonan tidak boleh dijadikan sebagai kayu ukur untik menentukan kemenangan, layak atau tidak sesorang itu untuk menang.

MSTAR Dengan ramai calon yang bertanding bagi jawatan Ketua Puteri, tidakkah wujud elemen berpuak dalam Puteri?

ISMALINA: Pada saya, puak itu tidak berlaku. Saya sering mengingatkan diri saya, jika ingin menjadi ketua, kita perlu adil dan saksama kepada semua. Tidak harus ada perkataan geng orang itu atau orang ini.

Pendekatan saya, jika saya hubungi seseorang itu, selagi mereka tidak menolak saya daripada berjumpa mereka dan perwakilan, itu merupakan satu peluang. Hal-hal puak ini tidak timbul. Kita sebagai ketua seharusnya memantau juga anak-anak buah kita kerana kadang-kadang, orang-orang yang di sekeliling kita itu yang mewujudkan batasan itu, bukan pemimpin itu sendiri.

MSTAR Politik wang sering dikaitkan dengan Umno. Bagaimana Datin melihat gejala itu dalam sayap Puteri?

ISMALINA: Saya ini apabila setakat apa yang saya nampak, bukan apa yang saya dengar dan pada saya, bertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi. Kalau tiada orang yang meminta, maka tidak akan adalah yang memberi.

Saya ingin berpegang kepada prinsip saya kerana maruah anak bangsa atau maruah saya bukan terletak kepada RM200 atau RM300 yang diberi tetapi lebih daripada itu. Saya adalah seorang yang tidak bermaruah jika saya menerima dan memberi.

Puteri ini ditubuhkan untuk menjadi ejen perubah. Orang bercakap tentang pelbagai tohmahan dan prasangka terhadap Umno dan pergerakan Puteri diharap dapat menjadi ejen perubah dan saya berharap dapat menjadikan Puteri sebuah pergerakan yang kukuh dari segi ekonomi, sosial, politik dan pendidikan supaya kita boleh membantu.

Bagaimanapun, kita tidak boleh berubah dalam masa yang singkat. Kita perlu mulakan dengan diri kita dahulu, kemudian keluarga dan masyarakat kita dan barulah kita fikirkan tentang oarng luar.

MSTAR Adakah matlamat menjadi ejen perubah itu telah tercapai setelah lebih lapan tahun penubuhan Puteri?

ISMALINA: Jika mahu menjadi ejen perubah ini, ia bukan dalam masa yang singkat. Kita kena ingat, Umno telah berusia 60 tahun dan Puteri pula baru lapan tahun.

Puteri kini sedang dalam fasa penerimaan dan pengukuhan. Kita cuba menjadi ejen perubah dan pada masa yang sama, kita sedang dalam peringkat pengukuhan di mana banyak pimpinan Puteri mula memahami perjuangan Puteri dan boleh berdikari dengan membawa ahli-ahli di peringkat bahagian dan cawangan.

Mereka memainkan peranan dalam mebantu meyakinkan rakyat dengan perjuangan Umno. Dalam hal ini, saya menekankan pendidikan kepada Puteri dalam memastikan kita terus relevan dan berubah ke arah kebaikan. Pendidikan yang dimaksudkan di sini bukan di peringkat sarjana atau PhD tetapi ilmu yang penuh di dada.

Jika kita ingin menjadi ejen perubah, kita perlu sesuaikan diri dengan persekitaran yang kita mahu ubah. Jika tidak, bagaimana kita mahu membantu perubahan itu jika kita sendiri tiada ilmu.

Seseorang pemimpin itu bukan hanya sekadar boleh bercakap dan mengetuai bahagian, kita mahu lebih daripada itu. Pemimpin yang baik boleh membantu memajukan ahli-ahli yang lain. Kita tidak mahu dia seorang sahaja yang hebat, sebaliknya kita mahu seluruh barisan ahli jawatankuasa baik di peringkat bahagian mahu pun cawangan serta para ahli juga hebat. Hal ini supaya apabila orang lain melihat Puteri, mereka dapat melihat yang menyertai Puteri ini adalah sesuatu yang baik dan banyak yang dipelajari. Saya mahu bawa Puteri ke arah yang glokal.

Justeru, kita mahu Puteri supaya melibatkan diri secara aktif dengan seminar bertaraf antarabangsa. Pada masa itulah, kita dapat melihat bagaimana Puteri berjaya mencorakkan generasi muda yang berjaya bukan hanya di akar umbi, malah golongan Melayu muda.

MSTAR Bagaimana trend pemilihan dalam Puteri? Tidakkah mereka lebih cenderung untuk memilih calon yang kini sudah mempunyai jawatan yang tinggi dalam Puteri?

ISMALINA: Jawatan itu sedikit mempengaruhi tetapi trend sekarang sudah berubah. Saya nampak mereka kini melihat kepada keupayaan untuk berintekrasi dengan perwakilan, karisma, keboehan dan rekod kita. Mereka telah tetapkan dalam fikiran mereka, calon bagaimana yang mereka mahukan dan menjadi satu kelebihan apabila kita dapat turun dan berjumpa dengan perwakilan dan pada masa itu pun, kita tidak boleh menjamin sokongan yang diberikan kepada kita. Jadi dalam hal ini, kita kena tunggu dan lihat.

MSTAR Jika Datin berjaya memenangi jawatan Ketua Puteri, bagaimana kriteria Naib Ketua yang Datin harapakan?

ISMALINA: Saya ini adalah seorang yang suka bekerja, jadi saya juga mahukan naib saya nanti seorang yang boleh menjadi naib yang baik dan boleh bekerja. Saya bukan seorang yang bekerja sendiri tetapi suka bekerja secara berpasukan.

Seorang naib yang baik adalah naib yang boleh menyumbang. Saya tidak melihat jawatan nombor dua sebagai jawatan sokongan. Saya sentiasa mengambil kira peranan setiap yang ada dalam unit termasuk exco.

Saya ingin tekankan bahawa perwakilan sudah cukup matang. Buatlah pertimbangan yang sebaik-baiknya berdasarkan beberapa faktor. Jika orang itu serius dan ikhlas dalam memegang jawatan, kita boleh lihat melalui komitmen dan cara yang konsisten dalam membuat kerja dan berurusan dengan perwakilan.

Selain itu, saya mahu melahirkan Puteri yang berkepimpinan seimbang.. kita mahu membawa pergerakan bukan hanya di peringkat pemimpin tetapi juga kepada ahli-ahli. Kita mahu kurangkan jurang kerana kadangkala ada ahli-ahli yang pemimpin mereka begitu 'jauh' dengan mereka. Saya mahu mengubah perkara ini kerana saya mahu Puteri menerima saya bukan hanya kerana saya bertanding tetapi kerana komitmen saya.

Jika saya menang pun, saya msih memerlukan maklum balas termasuk daripada ahli biasa kerana semua ahli pastinya mempunyai pendapat mereka yang tersendiri.

MSTAR Bagaimana sokongan yang Datin terima daripada suami, Datuk Reezal Merican Naina Merican memandangkan jawatan ini akan memerlukan pengorbanan masa yang besar dan beliau sendiri juga turut bertanding jawatan Naib Ketua Pemuda Umno?

ISMALINA: Beliau memberikan sokongan kepada saya dengan memberi restu untuk saya bertanding. Pada saya, sokongan moral itu sudah mencukupi kerana kami ini bergerak berasingan, malah kami uga tidak berbincang untuk berkongsi strategi. Kami profesional dan tidak mencampuradukkan urusan keluarga dan parti.

Tambahan pula, saya sudah biasa berdikari dan saya mahu jadikan sifat berdikari itu sebagai contoh kepada ahli-ahli Puteri yang lain iaitu bagaimana kita harus profesional dalam melakukan kerja. Pada saya, tidak akan wujud masalah jika kita mulakannya daripada awal. Jika ada pergolakan di luar, kita tidak boleh terbawa-bawa masalah itu ke rumah.

Dari segi pembahagian masa pula, saya tidak nampak itu sebagai bebanan kerana kami telah amalkan sejak daripada tahun 2000 lagi. Pada masa itu, saya terlebih dahulu aktif dalam politik sebelum suami saya. Kita telah faham tanggungjawab masing-masing dan sentiasa mementingkan pembahagian masa yang baik. Oleh sebab itu, keutamaan sebenarnya harus lebih diberikan kepada keluarga dan alhamdulillah setakat ini, saya berjaya melakukannya.

MSTAR Apakah misi Datin sekiranya berjaya memenangi jawatan ini?

ISMALINA: Hasrat saya adalah untuk menjalankan proses pembudayaan dalam Puteri. Saya mahu bukan hanya pemipin malah ahli juga perlu memainkan peranan mereka daalm Puteri. Pemimpin bukan hanya tahu bercakap dan memberi arahan tetapi perlu memiliki jati diri dan kepimpinan dalam pengurusan dan pentadbiran. Kita mahu semua ahli tahu betapa pentingnya kita untuk mengetahui sejarah penubuhan parti dan pengamalan sistem pentadbiran yang berkesan.

Pada saya, jika kita mengamalkan pengurusan yang baik, maka tidak akan wujud masalah komunikasi. Mungkin ada sesetengah program yang dijalankan oleh Puteri Malaysia tidak diterima di peringkat negeri atau bahagian. Mungkin juga ada isu yang dibincangkan di peringkat pemimpin tetapi di peringkat cawangan, mereka memikirkan... itu kerja orang atas. Itu yang perlu diubah kerana kita amat memerlukan penglibatan aktif di peringkat akar umbi.

MSTAR Apakah harapan Datin dalam pertandingan ini?

ISMALINA: Sudah tentu saya mahu menang. Prinsip saya, jika kita pegang jawatan, kita mesti buat kerja. Saya harap perwakilan dapat membuat pertimbangan yang sewajarnya dan semestinya saya mengharapkan sokongan mereka.

Saya yakin mampu membawa Puteri ke arah yang lebih baik. Saya ingin membawa Puteri ke tahap yang lebih membanggakan bukan hanya kepada masyarakat luar tetapi masyarakat secara umum.

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan