PKR juga setuju sambung cuti Wong

Diterbitkan: Khamis, 26 Februari 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Biro politik Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang bermesyuarat malam tadi bersetuju untuk mengikut keputusan Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim untuk melanjutkan cuti Exco dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Lanjan, Elizabeth Wong dalam isu tersebarnya gambar separuh bogel wakil rakyat itu.

"Keputusannya masih sama, Biro Politik hanya bincang dan mendengar penjelasan daripada Khalid yang juga Pengerusi PKR Selangor.

"Saya tidak boleh dedahkan hasil perbincangan dalam mesyuarat ini kerana semuanya sulit," katanya kepada mStar Online

Petang semalam, kerajaan Negeri Selangor mengambil keputusan untuk memanjangkan cuti Wong sehingga siasatan polis berhubung penyebaran gambar separuh bogel ADUN tersebut selesai.Khalid berkata, sebarang keputusan mengenai kedudukan Wong hanya akan dibuat setelah polis selesai menjalankan siasatan.

Wong bercuti selama sebulan sejak pertengahan minggu lalu.Pagi semalam, Khalid telah menghadap Sultan Selangor bagi mendapatkan nasihat baginda berhubung isu peletakan jawatan Wong sebagai ADUN dan Exco negeri berikutan tersebarnya gambar separuh bogel Wong sejak dua minggu lalu.

Baginda bagaimanapun menyerahkan kepada Khalid untuk membuat keputusan mengenai isu itu memandangkan kes Wong masih dalam siasatan polis dan sebagai Sultan Selangor, baginda sememangnya berkecuali dalam hal ehwal politik.

Dalam pada itu, menurut Syed Husin, mesyuarat malam tadi dipengerusikan oleh Presiden parti, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail, namun ia kemudiannya diambil alih oleh Ketua Umum, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Mesyuarat yang bermula pada pukul 9 malam tadi berlangsung selama tiga jam di Ibu Pejabat parti.

Jelas beliau, bukan hanya isu Wong dibincangkan dalam mesyuarat tersebut.

Lapan agenda lain termasuk perkara berkaitan pilihan raya kecil 7 April ini turut dibincangkan secara panjang lebar.

Pilihan raya raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau akan berlangsung 7 April dengan penamaan calon ditetapkan pada 29 Mac.

Kerusi DUN Bukit Selambau kosong selepas,penyandangnya, V. Arumugam yang juga bekas ahli PKR mengisytiharkan keluar parti terbabit 8 Februari lalu.

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan