Perarakan rai kemenangan dilarang di Bukit Gantang, Bukit Selambau

Diterbitkan: Isnin, 23 Februari 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pihak berkuasa telah memutuskan untuk tidak membenarkan perarakan meraikan kemenangan, yang dialami di Kuala Terengganu bulan lalu, diadakan ketika pilihan raya kecil kerusi Bukit Gantang dan Bukit Selambau April ini.

Perkara itu diputuskan dalam perbincangan antara polis dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) susulan pilihan raya kecil kerusi Parlimen Kuala Terengganu.

Keputusan bersama tersebut diambil bagi mengelakkan sebarang suasana tidak disenangi dan demi keselamatan, kata Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar ketika dihubungi mStar Online.

"Kami (SPR dan polis) memutuskan berdasarkan pengalaman selepas keputusan pilihan raya kecil Kuala Terengganu diumumkan... perarakan meraikan kemenangan yang disaksikan di Kuala Terengganu sudah lama tidak berlaku dalam pilihan raya negara ini.

"Jadi, kami pun terkejut dengan perkembangan di Kuala Terengganu dan kami tidak mahu ia berulang (di Bukit Gantang dan Bukit Selambau) kerana ia boleh mencetuskan pergaduhan," katanya lagi.

Kedua-dua kerusi Parlimen Bukit Gantang dan Dewan Undangan Negeri Bukit Selambau dianggap sebagai bahagian yang agak "panas" berdasarkan perkembangan politik semasa.

Perarakan merainkan kemenangan pilihan raya kecil Kuala Terengganu dan kesannya telah dibangkitkan dalam mesyuarat bedah siasat yang diadakan sejurus selepas hari pengundian 17 Januari lalu.

Perarakan merainkan kemenangan di Kuala Terengganu telah menyebabkan kesesakan teruk di ibu negeri Terengganu dan membawa kepada tangakapan beberapa pihak.

Kejadian itu berlaku di sebalik tanggapan positif pelbagai pihak bahawa proses penamanaan calon pilihan raya kecil Kuala Terengganu, yang berjalan dengan lancar dengan himpunan hampir 40,000 orang penyokong Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat, merupakan yang terbaik sejak lima tahun yang lalu.

"Setiap perarakan meraikan kemenangan akan melibatkan aktiviti provokasi, boleh mencetuskan pergaduan dan kejadian tidak diingini.

"Kami akan memastikan di Bukit Gantang dan di Bukit Selambau, Ketua Polis Daerah masing-masing akan mengambil tindakan sewajarnya bagi mengelakkan perarakan meraikan kemenangan diadakan," katanya lagi.

Tambah beliau, pemimpin-pemimpin parti politik juga terkejut dengan perkembangan di Kuala Terengganu.

"Oleh itu, kami berharap pemimpin-pemimpin parti politik yang bertanding di Bukit Gantang dan Bukit Selambau akan menasihatkan penyokong masing-masing supaya tidak mengadakan perarakan seumpama itu," katanya.

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan