Pemuda PKR buat laporan polis dakwa SPRM salah guna kuasa

Diterbitkan: Isnin, 23 Februari 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

[DIKEMAS KINI] PETALING JAYA: Pemuda PKR mengecam tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang mengatakan mempunyai bukti kukuh untuk mendakwa Menteri Besar Selangor atas tuduhan salah guna kuasa dalam urusan penyelenggaraan kenderaan peribadi beliau dan sumbangan lembu korban di kawasan Parlimen Bandar Tun Razak.

Ketua Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK), Shamsul Iskandar Mohd. Akin berkata, pengumuman Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Ahmad Said Hamdan kelmarin jelas menunjukkan penyalahgunaan kuasa beliau, yang secara terang melanggar Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia yang memperuntukkan kuasa mendakwa hanya kepada Jabatan Peguam Negara.

Oleh yang demikian AMK akan membuat laporan polis terhadap Ahmad Said berhubung dakwaan penyalahgunaan kuasanya di Balai Polis Campbell, Kuala Lumpur esok dan serentak Ibu Pejabat Kontijen polis seluruh negara.

Katanya, tindakan Said juga kelihatan selari dengan usaha jahat dan terancang oleh Umno-BN yang mahu mengganggu-gugat kestabilan kerajaan Selangor.

"Kenyataan Ketua Pesuruhjaya SPRM merupakan satu kenyataan yang berniat jahat dan mempunyai niat sebaliknya untuk memburuk-burukkan reputasi Menteri Besar Selangor kepada rakyat Malaysia khususnya rakyat di Negeri Selangor sendiri," katanya.

Selain itu Shamsul mendakwa kenyataan Ahmad Said juga bertujuan untuk mempengaruhi pihak Jabatan Peguam Negara dan pihak mahkamah untuk mendakwa dan menghukum Menteri Besar Selangor sebagai seorang yang telah melakukan rasuah.

"Kenyataan tersebut juga seolah-olah telah memberikan arahan kepada pihak Jabatan Peguam Negara dan pihak mahkamah untuk menghukum Menteri Besar Selangor di atas tuduhan kesalan rasuah yang telah disiasat oleh pihak SPRM.

"Saya juga ingin menggesa pihak polis untuk menyiasat tujuan sebenar Ahmad Said yang telah membuat kenyataan yang tidak bertanggungjawab tersebut kerana kenyataannya boleh menimbulkan kekeliruan dan ketidakstabilan politik di Malaysia dan khususnya negeri Selangor," katanya.

Oleh itu, kata beliau, AMK ingin mempersoalkan profesionalisme SPRM dalam mengendalikan siasatan kes-kes rasuah, khususnya yang dibuat oleh sayap PKR itu sendiri dalam beberapa tahun kebelakangan ini.

Kata Shamdul, laporan membabitkan penyelewengan kes pembelian Eurocopter; rasuah mantan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr. Mohd. Khir Toyo; penyelewengan wang kerajaan oleh Kementerian Belia dan Sukan seperti didedahkan Laporan Audit Negara; lesapnya wang kerajaan melalui anak syarikat kerajaan Negeri Terengganu; akuan bersumpah Ketua Bahagian Keadilan Ipoh Barat dan puluhan lagi laporan rasuah dan salah guna kuasa yang dikemukakan oleh AMK, kesemuanya dibakulsampahkan oleh SPRM.

Katanya, AMK melihat SPRM sudah hilang nilai profesionalisme.

"Justeru, AMK akan menggerakkan jentera AMK sepenuhnya untuk menerangkan kepada rakyat pencabulan kuasa dan hak yang dilakukan sewenangnya oleh Umno-BN melalui SPRM.

"AMK juga akan melakukan 'kunjungan hormat' ke atas Ketua Pesuruhjaya SPRM untuk menghadiahkan beliau seekor lembu sebagai signifikan kepada peranan SPRM yang semakin tunduk di kawal Umno-BN," katanya.

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan