Isu bahasa Inggeris: Dewan Pemuda PAS cabar Pemuda Umno debat terbuka

Diterbitkan: Isnin, 23 Februari 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Pusat akan menyerahkan memorandum kepada Pergerakan Pemuda Umno Malaysia esok supaya diadakan debat terbuka berhubung isu pengajaran dan pembelajaran dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).

Ketua Pemuda PAS, Salahuddin Ayub berkata, memorandum tersebut adalah cabaran terbuka kepada Pemuda Umno supaya diadakan debat terbuka bagi membahaskan isu PPSMI secara intelektual supaya rakyat mendapat maklumat yang jelas mengenai isu itu.

"Inilah ruang terbaik untuk membincangkannya dalam suasana NGO dan rakyat bersatu hati untuk mengembalikan PPSMI kepada Bahasa Melayu," katanya ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini.

Salahuddin berkata, memorandum tersebut sepatutnya diserahkan hari ini kepada Ketua Pemuda Umno yang juga Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein namun disebabkan hal yang tidak dapat dielakkan, Hishammuddin tidak dapat menerimanya hari ini.

Katanya, beliau telah menghubungi Naib Ketua Pemuda, Khairy Jamaluddin dan ahli Parlimen Rembau itu sedia menerima memorandum tersebut mewakili Pemuda Umnot esok pukul 11 pagi di Parlimen.

"Kita harap Pemuda Umno dapat menerima untuk diadakan debat atau dialog secara sihat dan matang bagi membincangkan isu ini.

"Saya cukup terbuka dalam hal ini. Kalau diterima esok dan Pemuda Umno bersedia menerima cabaran ini, kita boleh membincangkan mekanisme terbaik untuk menyelesaikannya," katanya.

Ditanya ahli panel daripada Pemuda PAS yang akan menyertai debat tersebut jika ia diterima, Salahuddin berkata, hal itu akan diumumkan kemudian.

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan