Timbalan Presiden: Muhyiddin akui peroleh 'restu' Najib

Diterbitkan: Ahad, 22 Februari 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

TAN SRI MUHYIDDIN Yassin, salah seorang calon jawatan Timbalan Presiden Umno bulan depan. - foto The Star oleh LOW LAY PHON
TAN SRI MUHYIDDIN Yassin, salah seorang calon jawatan Timbalan Presiden Umno bulan depan. - foto The Star oleh LOW LAY PHON

PETALING JAYA: Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengakui yang beliau mendapat "restu" Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak, yang bakal diumumkan sebagai Presiden Umno hujung bulan depan, untuk bertanding jawatan timbalan presiden parti itu.

Kata Muhyidddin, beliau sama sekali tidak akan bertanding jawatan tinggi tanpa memperoleh sebarang petanda yang jelas.

"Saya tidak akan menawarkan diri saya bagi jawatan utama seumpama itu tanpa mendapatkan pandangan daripada bakal Presiden Umno yang baru.

"Berdasarkan konvensyen dan tradisi (dalam Umno), Presiden (parti) sentiasa memberikan petanda siapa yang beliau merasakan sangat selesa sebagai timbalannya," kata Naib Presiden Umno itu dalam temu bual dengan Sunday Star yang disiarkan hari ini.

Dalam temu bual itu, Muhyiddin, 61, memberikan dua situasi di mana beliau mendapat restu Najib, yang turut dijadual akan mengambil alih kepimpinan sebagai Perdana Menteri kelak.

Kata pemimpin dari Johor ini, beliau seringkali mengadakan perbincangan peribadi dengan Najib mengenai perkembangan politik semasa.

"Kami mempunyai keprihatinan yang sama tentang apa yang berlaku dalam pilihan raya umum (Mac lalu) dan masa depan Umno.

"Ketika saya berada di Tokyo, saya menerima SMS daripada Najib mengatakan Perdana Menteri telah mengumumkan pelan peralihan 2010. Saya bertanya Najib: Adakah ia sesuatu yang boleh diterima? Adakah ia terlalu lama? Adakah anda boleh melakukan pemulihan sebelum pilihan raya akan datang?

"Pada ketika ini, beliau yang meminta saya mempertahankan jawatan Naib Presiden dan beliau akan mempertahankan jawatan Timbalan Presiden.

"Tidak lama selepas itu, Perdana Menteri mengatakan bahawa beliau tidak akan mempertahankan jawatan (Presiden) dalam Umno. Najib mengatakan bahawa beliau akan bertanding jawatan Presiden dan saya seharusnya mencuba jawatan Timbalan Presiden," kata Muhyiddin.

Muhyiddin juga memberitahu, Najib memaklumkannya sehari sebelum Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengumumkan pendirian beliau itu di ibu negara.

Selain Muhyiddin, jawatan Timbalan Presiden turut ditandingi seorang lagi Naib Presiden, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam dan bekas Naib Presiden, Tan Sri Muhammad Muhd. Taib.

Pemilihan berlangsung hujung bulan depan sempena Perhimpunan Agung Tahunan Umno.

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan