Presiden MIC: Subramaniam bersaing jika Samy Vellu tidak tanding

Diterbitkan: Ahad, 22 Februari 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

[DIKEMAS KINI] PETALING JAYA: Bekas Timbalan Presiden MIC, Datuk S. Subrmaniam, antara pemimpin yang pernah diramal akan turun gelanggang, memutuskan untuk tidak mencabar Datuk Seri S. Samy Vellu pada pemilihan presiden parti itu April ini.

Bagaimanapun kata Subramaniam, jika Samy Vellu memutuskan untuk tidak bertanding beliau akan turun gelanggang kali ini

Beliau yang pernah mencabar Samy Vellu dua dekad yang lalu, mengambil keputusan itu dengan mempertimbangkan perkembangan "tenang" dalam MIC buat masa sekarang dan mahu mengekalkan perpaduan dalam parti.

Keputusan itu diumumkan oleh beliau ketika merasmikan mesyuarat agung tahunan MIC Cawangan Jalan Klang Lama, di ibu negara semalam.

"Ramai ahli MIC, ketua cawangan dan perwakilan bertanya sama ada saya bertanding atau tidak (jawatan Presiden MIC).

"Saya memaklumkan mereka saya tidak akan bertanding mencabar Samy Vellu... jika Samy Vellu tidak bertanding kali ini, baru saya akan menawarkan diri untuk bertanding," kata beliau ketika dihubungi mStar Online sebentar tadi.

Subramaniam, bekas timbalan menteri berkata, beliau pernah bertanding jawatan presiden dan timbalan presiden sebelum ini tetapi mahu mengumumkan secara terbuka bahawa tidak akan mencabar Samy Vellu, Presiden MIC paling lama berkuasa, kali ini.

Samy Vellu tidak menurunkan Subramaniam sebagai calon pilihan raya umum pada 2004 dan 2008 selain meletakkan Datuk G. Palanivel untuk menewaskannya dalam pemilihan jawatan timbalan presiden tiga tahun lalu.

Malah kata Subramaniam, beliau juga belum memutuskan sama ada mahu bertanding jawatan-jawatan lain tahun ini.

Pemilihan jawatan-jawatan lain akan diadakan pada tarikh yang berbeza - kemungkinan September ini.

Penamaan calon bagi jawatan Presiden MIC diadakan pada 22 Mac manakala pengundian dijadualkan 12 April.

Penetapan tarikh-tarikh itu diumumkan minggu lalu.

Setakat ini hanya bekas Naib Presiden MIC, Datuk M. Muthupalaniaappan mengumumkan mahu mencabar Samy Vellu.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan