Gerakan kucar-kacir, jagalah parti sendiri kata Samy Vellu

Diterbitkan: Ahad, 22 Februari 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: "Jaga urusan parti sendiri." Demikian nasihat Presiden MIC, Datuk Seri S. Samy Vellu berhubung pandangan Gerakan agar beliau meletak jawatan dan MIC bergabung dengan parti itu.

Kata beliau, Gerakan sepatutnya menjaga urusan partinya sendiri "yang berada dalam keadaan kucar-kacir."

"MIC mempunyai 670,000 anggota. Jika kami mahu bergabung, kami akan bergabung dengan parti yang lebih besar seperti MCA atau Umno.

"Mereka (pemimpin Gerakan) sepatutnya bercakap mengenai parti mereka sendiri.

"Anggota MIC tahu siapa untuk dipilih sebagai Presiden dan perkara ini akan berlaku pada 12 April (apabila MIC mengadakan pemilihan bagi jawatan Presiden)," katanya.

Semalam, Naib Presiden Gerakan, Huan Cheng Guan menggesa Samy Vellu supaya tidak bertanding dalam pemilihan Presiden parti MIC.

Huan mendakwa Samy Vellu mungkin memenangi pemilihan jawatan Presiden tetapi ia akan menjejaskan MIC pada pilihan raya umum akan datang.

Sementara itu, Menteri Sumber Manusia dan Setiausaha Agung MIC, Datuk Dr. S. Subramaniam berkata, Gerakan tidak sewajarnya mencampuri hal ehwal dalaman parti komponen lain dalam Barisan Nasional (BN).

"Biarlah anggota MIC memutuskan siapa yang sepatutnya menerajui parti. MIC tidak mempunyai hasrat untuk bergabung dengan Gerakan," katanya dalam satu kenyataan.

Dalam satu kenyataan lain, Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan dan Ketua Penerangan MIC, Datuk M. Saravanan berkata Gerakan sepatutnya meletakkan parti itu dalam keadaan teratur terlebih dahulu sebelum mengulas mengenai parti komponen lain.

"Mereka seharusnya mengelak daripada mencampuri hal ehwal kami.

"Gerakan mempunyai masalahnya sendiri. Mereka perlu menumpukan tenaga terhadap cara memenangi semula kepercayaan kaum Cina dan merampas kembali Pulau Pinang.

"Tolong jangan lakukan perkara yang mungkin mengakibatkan MIC memutuskan hubungan dengan Gerakan. Mengenai penggabungan itu, lebih baik jika Gerakan bergabung dengan MCA memandangkan Gerakan adalah parti majoriti kaum Cina," katanya.

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan