2008 Mukhriz kecam Pak Lah, hari ini mahu dihormati "pemimpin agung"

Diterbitkan: Ahad, 22 Februari 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

DATUK MUKHRIZ Tun Dr. Mahathir, antara bakal calon jawatan Ketua Pemuda Umno, mahu Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi diberikan penghormatan sebagai pemimpin agung apabila beliau bersara kelak.
DATUK MUKHRIZ Tun Dr. Mahathir, antara bakal calon jawatan Ketua Pemuda Umno, mahu Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi diberikan penghormatan sebagai pemimpin agung apabila beliau bersara kelak.

[DIKEMAS KINI] KOTA BAHARU: Kira-kira setahun lalu, Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Tun Mahathir dilihat sebagai pemimpin lantang mengkritik kepimpinan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi termasuk menggesa segera menyerahkan kepimpinan parti dan kerajaan ekoran prestasi buruk dalam pilihan raya umum ke-12.

Hari ini, beliau meminta semua rakyat terutamanya ahli Umno menghormati Perdana Menteri itu sebagai pemimpin agung selepas era kepimpinannya, apabila berakhir Perhimpunan Agung Umno, Mac ini.

Beliau berkata, apa yang berlaku terhadap bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad selepas menyerahkan jawatan pemimpin nombor satu negara kepada Abdullah tidak seharusnya berlaku lagi, sebaliknya semua pihak perlu meletakkan mereka di tempat sewajarnya.

"Jangan lagi perlakukan Pak Lah seperti mana yang berlaku terhadap Tun Dr Mahathir kerana akhirnya Umno akan dibenci rakyat kerana tidak menghormati pemimpin.

"Kita mesti memberikan penghormatan tinggi kepada Pak Lah kerana dia adalah Perdana Menteri dan pemimpin kita," katanya kepada pemberita selepas majlis memperkenal caloncalon kepada perwakilan Pemuda Umno Kelantan di Bangunan Umno di sini, hari ini.

Mukhriz yang juga calon Ketua Pemuda Umno berkata, adalah menjadi adat bangsa Melayu mengenang budi bekas pemimpin mereka terutama kepada pemimpin yang sangat berjasa untuk bangsa dan negara.

Beliau berkata, apa yang berlaku kepada Dr Mahathir sebelum ini perlu dielakkan kerana ada dakwaan yang mengatakan Kedah tewas di tangan pembangkang pada pilihan raya umum disebabkan anggota Umno tidak mengenang budi bapanya.

"Semua rakyat di Kedah marah dan kecewa dengan apa yang berlaku terhadap Tun Dr Mahathir dan diterjemahkan melalui undi pada pilihan raya," katanya.

Malah, Mukhriz yang Exco Pemuda Umno juga pernah menggesa supaya pelan peralihan kuasa pucuk pimpinan Umno perlu disegerakan sebelum (tarikh awal) pemilihan Umno Disember lalu.

Menurutnya, keputusan pilihan raya kecil Perlimen Permatang Pauh yang berpihak kepada calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim membuktikan rakyat semakin hilang kepercayaan terhadap Barisan Nasional (BN) khususnya Umno.

Sebelum itu, pelbagai pihak dalam Umno termasuk Ketua Pemudanya, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein pernah mengecam tindakan Mukhriz yang meletakkan syarat agar Abdullah berundur daripada semua jawatan sebelum Julai 2008.

Tegas Hishammuddin, Mukhriz yang juga Ahli Parlimen dan Exco Pergerakan Pemuda Umno tidak wajar memberikan syarat-syarat sedemikian.

Bagaimanapun, Hishammuddin tetap mengakui bahawa kata dua Mukhriz itu sebagai satu bentuk ancaman kepada parti.

"Proses peralihan kepimpinan parti tidak akan berjalan lancar sekiranya kita meletakkan desakan dan ugutan,” katanya lagi.

Ketika ditanya mengenai saranan agar Dr. Mahathir dilantik sebagai penasihat sama ada dalam kerajaan atau parti, Mukhriz berkata, sebagai anak adalah tidak wajar untuk beliau memberikan pendapat.

"Terpulanglah kepada parti untuk berbuat demikian seperti mana yang dilakukan oleh parti lain apabila bekas pemimpin mereka dilantik sebagai penasihat parti selepas tidak lagi menjadi presiden," katanya.

Mukhriz juga berharap proses peralihan kuasa itu nanti akan berjalan dengan baik dan berharap kepimpinan baru nanti akan meneruskan kesinambungan pemimpin sedia ada bagi memperbaiki parti dan memakmurkan negara.

Sementara itu, dalam satu majlis lain di Bentong, Pahang, Mukhriz berharap agar pucuk pimpinan Barisan Nasional meletakkan calon Umno untuk bertanding dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau, Kedah yang akan diadakan pada 7 April nanti.

Pimpinan parti hendaklah membuat pemilihan yang tepat dengan meletakkan calon anak tempatan bagi memenuhi aspirasi para pengundi di DUN berkenaan, katanya.

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan