Jangan kempen bermati-matian sampai tidak tegur - Rafidah

Diterbitkan: Sabtu, 21 Februari 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Ketua Wanita Umno Tan Sri Rafidah Aziz mahu anggota pergerakan itu memberikan lebih tumpuan kepada pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang di Perak dan Dewan Undangan Negeri Bukit Selambau di Kedah pada 7 April berbanding pemilihan parti Mac ini.

Katanya pada ketika ini beliau lebih bimbangkan mengenai Barisan Nasional (BN) dan Umno yang dilihat semakin hilang sokongan rakyat.

Beliau berkata apa yang penting sekarang ialah bagaimana untuk mendapatkan semula sokongan akar umbi dan menyakinkan golongan muda bahawa BN merupakan parti yang dapat menjamin masa depan negara.

"Bagi saya, itu (pilihan raya kecil) adalah keutamaan, dan saya dah "lupakan sementara" fikiran saya mengenai pertandingan pada pemilihan parti dan fokus kepada pertandingan dua pilihan raya kecil ini," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat anggota exco Wanita Umno yang berlangsung kira-kira dua jam semalam.

Katanya apa yang lebih membimbangkan beliau ialah perkembangan politik negara ketika ini.

Rafidah berkata mesyuarat hari ini diadakan khas bagi membincangkan persediaan menghadapi kedua-dua pilihan raya kecil itu secara terperinci.

"Kita yakin dengan kerjasama dari Wanita BN, dan parti-parti komponennya, kita boleh mengambil alih atau mengambil balik Bukit Gantang dan Bukit Selambau," kata beliau.

Katanya Wanita Umno akan memberikan sokongan penuh kepada siapa juga calon yang dipilih pucuk pimpinan BN untuk bertanding di kedua-dua pilihan raya kecil itu.

Mengenai pemilihan parti, Rafidah menasihatkan anggota pergerakan itu yang berkempen supaya "tidak bermati-matian" sehingga ke peringkat "tidak bertegur sapa".

Rafidah, yang akan ditentang oleh Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil bagi jawatan ketua pergerakan itu pada pemilihan parti dari 24 hingga 28 Mac ini, berkata beliau tidak berasa bimbang kerana proses pemilihan diadakan setiap tiga tahun.

Beliau juga berkata adalah tidak adil untuk mengaitkan pemimpin tertentu dengan calon tertentu pada pemilihan parti nanti.

Mengenai kemelut politik di Perak, Rafidah berkata Wanita Umno mengutuk tindakan pemimpin pembangkang yang diketuai bekas Menteri Besar Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin yang biadap terhadap Sultan Perak dan melanggar Undang-undang Tubuh Negeri Perak.

Wanita Umno juga, katanya, memandang berat perbuatan Speaker DUN Perak V.Sivakumar yang menggantung Menteri Besar Datuk Dr Zambry Abdul Kadir serta enam Exco kerajaan negeri daripada menghadiri sidang DUN.

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan