SPRM akan siasat Speaker DUN Perak

Diterbitkan: Jumaat, 20 Februari 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PULAU PINANG: Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Ahmad Said Hamdan berkata pihaknya akan menjalankan siasatan berhubung dakwaan salah guna kuasa Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, V. Sivakumar kerana menggantung Menteri Besar Perak Datuk Dr Zambry Abdul Kadir dan enam anggota Exconya daripada menghadiri sidang DUN negeri itu. Jelas beliau, kes salah guna kuasa Sivakumar itu akan disiasat mengikut Seksyen 23 Akta Pencegahan Rasuah 2009.

"Jika benar terdapat penyalahgunaan kuasa SPRM akan mengambil tindakan yang sewajarnya," katanya.

Semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi meminta Zamry membuat laporan polis berhubung tindakan Sivakumar menggantung dan melarang Menteri Besar itu dan enam anggota exco kerajaan negeri daripada menghadiri persidangan dewan.

Abdullah berkata, beliau telah bercakap dengan Menteri Besar berhubung penggantungannya itu dan berpendapat beliau harus membuat laporan polis mengenai perkara itu.

Rabu lalu, Zambry digantung serta-merta dan dilarang daripada menghadiri sesi Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak selama 18 bulan.

Sementara enam Anggota Majlis Mesyuarat (Exco) kerajaan negeri digantung selama 12 bulan daripada menghadiri sesi DUN.

Speaker DUN Perak itu mengumumkan keputusan tersebut selepas Zambry dan enam Exco berkenaan tampil di hadapan Jawatankuasa Hak dan Kebebasan DUN.

Kesemua tujuh Adun BN itu sebelum ini diberi notis saman supaya tampil di hadapan jawatankuasa itu berikutan aduan Adun Canning (DAP), Wong Kah Woh, bahawa majlis angkat sumpah jawatan mereka bertentangan dengan Undang-undang Tubuh Negeri Perak dan menghina DUN kerana Menteri Besar Ke-10, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, belum meletak jawatan secara rasmi.

Sivakumar berkata setelah meneliti aduan tersebut, beliau mendapati satu kes prima facie terhadap Zambry (Adun Pangkor), Datuk Ramly Zahari (Manong), Datuk Saarani Mohamad (Kota Tampan), Hamidah Osman (Sungai Rapat), Zainol Fadzi Paharuddin (Sungai Manik), Mohd Zahir Abdul Khalid (Kamunting) dan Dr Mah Hang Soon (Chenderiang).BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan