Rafidah sedia dicabar, mahu tumpu pilihan raya kecil

Diterbitkan: Jumaat, 20 Februari 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Ketua Pergerakan Wanita Umno, Tan Sri Rafidah Aziz dan Naibnya, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil bersemuka hari ini - kira-kira sebulan sebelum pemilihan dengan masing-masing mahu menumpukan kepada pilihan raya kecil dan persaingan bersih.

Menurut Rafidah, beliau sedia dicabar oleh Shahrizat namun pada masa ini ingin menumpukan perhatian kepada dua pilihan raya kecil yang akan berlangsung di Parlimen Bukit Gantang dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau pada 7 April depan berbanding pemilihan Umno yang akan berlangsung bulan depan.

Semalam Shahrizat mengesahkan akan bertanding jawatan nombor satu sayap parti menentang Rafidah apabila menghantar borang pengesahan penerimaan jawatan Ketua Wanita dan menghantar surat penolakan bagi jawatan Naib Ketua dan anggota Majlis Tertinggi di ibu pejabat parti.

Ia sekaligus membolehkan calon tunggal Naib Ketua sayap parti, Datuk Kamilia Ibrahim menang tanpa bertanding jawatan tersebut.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan