Muthu calon tunggal cabar Samy Vellu?

Diterbitkan: Jumaat, 20 Februari 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Bekas Naib Presiden MIC, Datuk M. Muthupalaniappan kekal dengan pendiriannya untuk mencuba nasib merebut jawatan Presiden parti itu awal April ini.

Setakat ini hanya Muthupalaniappan sahaja mengumumkan hasrat secara terbuka untuk mencabar Datuk Seri S. Samy Vellu yang mahu mempertahankan jawatan itu, yang disandang beliau sejak 1979.

Timbalan Presiden MIC, Datuk G. Palanivel dan bekas Timbalan Presiden, Datuk S. Subramaniam belum menyatakan apa-apa pendirian setakat ini.

Subramaniam pernah mencabar Samy Vellu pada 1989 manakala Palanivel menjadi timbalan Samy Vellu sejak tiga tahun lalu.

Kedua-dua Samy Vellu dan Palanivel tewas dalam pilihan raya umum 8 Mac lalu.

Sambil menyambut baik http://www1.mstar.com.my/cerita.asp?file=/2009/2/19/mstar_berita/20090219162359&sec=mstar_berita"> penetapan tarikh penamaan calon dan hari pengundian yang diumumkan semalam, bekas Exco Kerajaan Negeri Sembilan itu menjelaskan, "hasrat untuk bertanding jawatan Presiden MIC tidak berubah."

Bagaimanapun beliau berharap pemilihan akan diadakan dengan adil dan secara bersih agar semua calon yang bakal bertanding merasai peluang atau medan pertandingan yang sama rata.

"Saya yakin pemilihan akan diadakan dengan adil dan bersih," kata beliau ketika dihubungi mStar Online sebentar tadi.

Muthupalaniappan yang diambil tindakan disiplin dipecat awal bulan lalu, digugurkan hukuman itu oleh Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) khas dipengerusikan oleh Palanivel.

Semalam MIC mengumumkan pemilihan jawatan Presiden MIC akan diadakan 12 April dengan Samy Vellu mengulangi pendirian mahu mempertahankan kedudukannya buat penggal ke-10.

Mesyuarat CWC semalam menetapkan tarikh pemilihan presiden parti itu 7 April manakala pencalonan pula pada 22 Mac.

Pemilihan Presiden akan dikendalikan oleh Jawatankuasa Pemandu Pemilihan MIC yang mempunyai lima anggota dan diketuai Datuk K. Vijayanathan.

Di samping jawatan Presiden, MIC juga akan mengadakan pemilihan bagi jawatan lain di peringkat pusat menjelang akhir tahun ini.

Jawatan yang akan dipertandingkan ialah timbalan presiden, tiga naib presiden dan 23 anggota CWC. Bagaimanapun, tarikh pemilihan belum ditetapkan.

Sehubungan itu, Muthupalaniappan berkata, beliau berharap akan memperoleh dokumen-dokumen berkaitan dengan pemilihan seperti borang penamaan dan pencalonan dalam waktu terdekat.

"Saya juga berharap untuk mendapatkan senarai perwakilan bagi membolehkan saya menemui penyokong saya untuk mendapatkan sokongan memandangkan masa adalah singkat menjelang hari penamaan calon," katanya.

Ketika ditanya sama ada ada menghubungi Samy Vellu dalam waktu terdekat ini, Muthupalaniappan berkata, beliau tidak berbuat demikian dan Samy Vellu juga menghubungi saya.

"Samy Vellu masih kawan baik saya... saya menghormati beliau kerana ada melakukan perkara yang baik, sedaya yang terbaik untuk parti dan masyarakat India.

"Bagaimanapun saya yakin akan boleh melakukan sesuatu yang lebih baik jika dipilih dan saya berharap perwakilan akan diberi ruang yang bebas untuk memilih siapa yang mereka inginkan," katanya.

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan