Kamilia: Siapa pilihan saya Ketua Wanita Umno

Diterbitkan: Jumaat, 20 Februari 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Datuk Kamilia Ibrahim yang kini sah menang tanpa bertanding bagi jawatan Naib Ketua Wanita Umno berkata, beliau mahukan seorang Ketua Wanita yang boleh membawa pembaharuan dan perubahan dalam sayap itu.

Katanya, Wanita memerlukan pembaharuan jika mahu melangkah jauh ke hadapan.

"Saya harap sesiapa yang menang jawatan Ketua Wanita itu nanti akan melakukan pembaharuan dan perubahan kalau kita mahu melangkau jauh ke hadapan.

"Kita tidak dapat tentukan lagi siapa yang akan menang. Kita tunggu pemilihan parti nanti," katanya ketika diminta mengulas mengenai calon Ketua Wanita yang menjadi pilihannya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui sebelum mesyuarat Exco Wanita di ibu pejabat Umno di sini, hari ini.

Pertandingan bagi merebut jawatan Ketua Wanita pada pemilihan Umno yang akan berlangsung 25 Mac depan adalah di antara penyandang jawatan tersebut, Tan Sri Rafidah Aziz dan naibnya, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

Kamilia disahkan menang tanpa bertanding jawatan Naib Ketua selepas Shahrizat mengesahkan kepada Ibu Pejabat Umno semalam bahawa beliau hanya bertanding jawatan Ketua Wanita Umno dan menolak pencalonan untuk bertanding jawatan Naib Ketua Wanita dan juga sebagai anggota Majlis Tertinggi (MT).

Kamilia yang juga Ketua Wanita Umno Kuala Kangsar berjanji akan melaksanakan tugas yang bakal dipikulnya itu nanti dengan sebaik mungkin.

Katanya, beliau bersyukur dengan ketentuan Allah s.w.t, turut berterima kasih kepada Shahrizat yang telah memberi laluan yang mudah kepadanya untuk menjawat jawatan tersebut.

"Saya berjanji akan menjalankan tanggungjawab saya seperti yang diperuntukkan dalam Perlembagaan," katanya.

Kamilia, 56, telah mendapat 56 pencalonan daripada 191 bahagian Wanita UMNO untuk bertanding jawatan Naib Ketua Wanita UMNO pada pemilihan parti itu Mac ini.

Kamilia berkata, beliau berharap kelangsungan kepimpinan Wanita Umno daripada Shahrizat kepadanya sebagai naib ketua akan dapat dipikul sebagai satu tanggungjawab dan amanah daripada Allah dan Wanita.

"Saya amat menghargai kepercayaan yang telah diberikan," katanya.

Sementara itu, Shahrizat yang ditemui pada majlis yang sama berkata beliau yakin Kamilia mampu menjalankan tugas yang diamanahkan kepadanya serta mendapat kepercayaan akar umbi.

"Kamilia yang juga pengerusi Biro Undang-Undang Wanita Umno bukan calang-calang pemimpin kerana telah lama berkecimpung dalam bidang politik serta merupakan peguam yang berjaya, selain menghayati keperluan serta kemahuan Wanita Umno.

"Saya percaya bahawa Allah telah meletakkan Datuk Kamilia sebagai naib ketua Wanita, ada sebabnya. Beliau menang dengan mudah sekali. Pada saya ini ketentuan Allah S.W.T. Jangan kita persoalkan bagaimana perkara itu berlaku.

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan