Gambar bogel: Polis terima 2 keping, arah teman lelaki Elizabeth bantu

Diterbitkan: Jumaat, 20 Februari 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

[DIKEMAS KINI] KUALA LUMPUR: Polis mengarahkan bekas teman lelaki Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kerusi Bukit Lanjan, Elizabeth Wong, yang dikenali sebagai Hilmi Malek, agar tampil bagi membantu siasatan berhubung penyebaran foto dan rakaman video separuh bogel wakil rakyat terbabit.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Wira Muhammad Sabtu Osman berkata, jika Hilmi tidak tampil membantu siasatan, pihaknya akan meminta kerjasama Interpol untuk memburunya, yang dipercayai sedang berada di luar negara.

"Kita masih belum dapat menghubungi bekas teman lelaki mangsa (Wong) untuk diambil keterangannya.

"Beliau (Hilmi) disarankan untuk tampil supaya membersihkan namanya. Jika beliau tidak tampil, kita terpaksa memburunya," kata beliau pada sidang media di pejabatnya di sini petang ini.

Bagaimanapun Muhammad Sabtu menyangkal laporan media kononnya polis telah menangkap suspek yang terlibat dalam kes ini.

"Setakat ini, tiada sebarang tangkapan dibuat. Pihak polis hanya merakam percakapn dua orang pemberita daripada Malay Mail pada pukul 8.30 malam tadi di Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya.

"Percakapan tersebut telah diambil oleh pegawai penyiasat terdahulu kerana temu janji telah pun dibuat sebelum ini oleh pegawai penyiasat berkenaan," ujarnya.

Isu gambar itu dikatakan tersebar sejak minggu lalu, turut diakui Wong Isnin lalu, yang telah mengumumkan hasrat mahu melepaskan kedua-dua jawatan Exco Kerjaan Negeri Selangor dan ADUN Bukit Lanjan.

Perkara itu turut ditekankan Wong dalam kenyataan akhbar dikeluarkan semalam.

Semalam Wong juga berkata, beliau sudah berlepas ke luar negara.

Mengulas lanjut, Muhammad Sabtu berkata, setakat ini pihak polis telah mengambil keterangan daripada empat wartawan untuk membantu siasatan kes tersebut.

Selain itu, Muhammad Sabtu turut menolak dakwaan bahawa seseorang telah membuat perangkap untuk merakam gambar tersebut.

"Pihak polis percaya, gambar itu telah dirakam oleh orang yang dikenali oleh pengadu," katanya.

Ketika ditanya berapa jumlah gambar yang diterima oleh polis berhubung kes ini, Muhammad Sabtu berkata pihaknya menerima dua keping gambar dalam bentuk cakera padat.

Katanya, polis telah menerima kertas siasatan penuh daripada polis Selangor semalam.

Selain itu, beliau meminta pihak media supaya tidak membuat sebarang spekulasi atau menokok tambah cerita dalam kes ini.

"Pihak polis tidak mahu hal-hal peribadi pengadu dan mana-mana pihak dispekulasikan kerana ia akan mengganggu proses siasatan yang sedang dibuat dan demi keadilan semua pihak," ujarnya.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan