Zahid enggan ulas Jins calon Bukit Gantang

Diterbitkan: Khamis, 19 Februari 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Menjelang pilihan raya kecil kawasan Parlimen Bukit Gantang pada 7 April depan, Senator Tan Sri Jins Shamsudin adalah antara nama yang disebut-sebut sebagai calon yang akan mewakili Umno.

Ketika diajukan mengenai kesahihan perkara itu, Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Perak, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi enggan mengulas namun katanya, ramai yang menawarkan diri untuk menjadi calon.

“Semua nama itu akan dikemukakan kepada pimpinan tertinggi parti untuk dipertimbangkan,"katanya kepada mStar Online hari ini.

Zahid bagaimanapun enggan mendedahkan nama-nama yang telah menawarkan diri itu.

"Maaf saya tidak boleh dedahkan nama itu sekarang. Tunggu sehingga pucuk pimpinan umumkan kerana ia hak mutlak Presiden Umno untuk tentukan calon,” jelas Zahid.

Pelakon veteran tersohor Jins Shamsudin merupakan anak jati Taiping dan pernah terbabit dengan Biro Ekonomi Umno bahagian Bukit Gantang.

Semalam Zahid yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata, tidak kurang daripada 10 nama disenaraikan sebagai calon Umno bagi pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang, April ini.

Mengenai latar belakang calon, menurut beliau calon yang dipilih nanti mestilah individu yang boleh diterima oleh kebanyakan pengundi selain mampu memberikan kemenangan kepada Barisan Nasional pada pilihan raya itu.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang diadakan pada 7 April serentak dengan pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri(DUN) Bukit Selambau, Kedah. Hari penamaan calon bagi kedua-dua pilihan raya itu ditetapkan pada 29 Mac.

Kerusi Parlimen Bukit Gantang kosong berikutan kematian Roslan Shaharum daripada PAS pada 9 Februari lepas akibat sakit jantung manakala DUN Bukit Selambau pula kosong ekoran peletakan jawatan V. Arumugam daripada PKR pada 8 Februari.

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan