Zahid: Elizabeth boleh buat laporan kepada Jabatan Kehakiman Syariah

Diterbitkan: Khamis, 19 Februari 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) setakat petang ini tidak menerima sebarang aduan berhubung isu pengedaran gambar atau video separuh bogel wakil rakyat Selangor, Elizabeth Wong.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan bahawa pihaknya belum menerima sebarang laporan berkaitan.

Beberapa laporan media termasuk blog dan portal berita sejak beberapa hari lalu mendakwa teman lelaki Exco Kerajaan Negeri Selangor, Elizabeth Wong adalah orang Melayu beragama Islam.

Laporan-laporan itu mendakwa gambar-gambar itu dirakamkan oleh teman lelakinya yang telah putus hubungan.

Malah, Wong dalam kenyataan media dua hari lalu juga menegaskan, beliau tidak akan mendedahkan secara terbuka orang yang merakamkan gambar didakwa separuh bogel dan berada dalam keadaan intim.

Elizabeth, Ketua Penerangan Wanita PKR, kini sedang bercuti selepas semalam mengumumkan hasrat untuk melepaskan kedua-dua jawatan Exco dan ADUN Bukit Lanjan.

Jelas Zahid, jika ada laporan berkaitan isu berkenaan ia akan dirujuk kepada Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM), yang terletak di bawah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Jelasnya, JKSM bersedia untuk menjalankan siasatan jika menerima laporan rasmi berhubung hal tersebut. “Saya hanya terima dua SMS, satu daripada portal Agendadaily dan satu lagi daripada seorang yang tidak dikenali.

"SMS sahaja tidak cukup untuk dijadikan bukti, kita perlukan laporan formal dan mangsa (Wong) sendiri boleh membuat laporan di abatan Kehakiman Syariah Malaysia,” katanya kepada mStar online semalam.

Tambah beliau, jika ada laporan yang diterima, kekasih kepada Exco Selangor tersebut boleh didakwa di Mahkamah Syariah kerana terdapat peruntukan dibawah undang-undang syariah di negara ini.

“Dia (Wong) sendiri boleh membuat laporan kepada Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia dan tindakan selanjutnya akan diambil.

“Walaupun dia bukan beragama Islam, dia boleh menjadi saksi ketika perbicaraan tersebut berlangsung. Jika didapati bersalah, kekasih Wong boleh dikenakan tindakan mengikut budi bicara mahkamah,” ujarnya.

Sementara itu, Ketua Pengarah Jawi, Datuk Che Mat Che Ali juga mengakui pihaknya belum menerima sebarang laporan berhubung hal tersebut.

“Sehingga kini kami belum terima sebarang laporan rasmi. Jika ada laporan diterima saya baru saya boleh putuskan tindakan yang akan dikenakan,” katanya.

Menurut Pengarah JAIS, Datuk Mohammed Khusrin Munawi, perkara tersebut tidak terdapat dalam peruntukan undang-undang syariah di Selangor kerana ia bersifat peribadi.

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan