Speaker DUN Perak derhaka kepada Sultan - Khir Toyo

Diterbitkan: Khamis, 19 Februari 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Tindakan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak yang menggantung dan melarang Menteri Besar, Datuk Dr. Zambry Abdul Kadir dan enam Exco yang lain menghadiri sesi DUN selama 18 bulan adalah perbuatan yang menderhaka kepada Sultan.

Bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo berkata, tindakan Dr Zambry dan enam Exco tersebut yang mengangkat sumpah jawatan adalah dalam sebuah majlis yang diadakan oleh pihak istana Perak.

“'Kesalahan' yang mereka lakukan adalah menghadiri program yang diadakan oleh istana.

“Tindakan Speaker menggantung Menteri Besar dan Exco ini adalah menderhaka kepada Sultan,” katanya dalam satu sidang media di bangunan Umno di sini hari ini.

Dr Khir berkata, penggantungan yang dilakukan Speaker V. Sivakumar juga merupakan tindakan yang tidak tepat memandangkan penggantungan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) hanya boleh dilakukan ketika DUN bersidang.

Semalam, Dr Zambry digantung serta-merta dan dilarang daripada menghadiri sesi DUN Perak selama 18 bulan berkuatkuasa semalam.

Sementara enam Exco lagi digantung selama 12 bulan.

Sivakumar mengumumkan keputusan itu selepas Zambry dan enam Exco berkenaan tampil di hadapan Jawatankuasa Hak dan Kebebasan DUN di sini semalam.

Kesemua tujuh Adun BN itu sebelum ini diberi notis saman supaya tampil di hadapan jawatankuasa itu berikutan aduan ADUN Canning (DAP), Wong Kah Woh, bahawa majlis angkat sumpah jawatan mereka bertentangan dengan Undang-undang Tubuh Negeri Perak dan menghina DUN kerana Menteri Besar Ke-10, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, belum meletak jawatan secara rasmi.

Sivakumar berkata setelah meneliti aduan tersebut, beliau mendapati satu kes prima facie terhadap Zambry (Adun Pangkor), Datuk Ramly Zahari (Manong), Datuk Saarani Mohamad (Kota Tampan), Hamidah Osman (Sungai Rapat), Zainol Fadzi Paharuddin (Sungai Manik), Mohd Zahir Abdul Khalid (Kamunting) dan Dr Mah Hang Soon (Chenderiang).

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan