Ibrahim Ali sindir pembangkang boikot Dewan Rakyat

Diterbitkan: Khamis, 19 Februari 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Sebahagian besar anggota Parlimen pembangkang bertindak keluar dari Dewan Rakyat ketika Datuk Ibrahim Ali (Bebas-Pasir Mas) membahaskan usul Menjunjung Kasih Titah Yang diPertuan Agong di sini hari ini.

Keadaan itu berlaku apabila mereka tidak berpuas hati terhadap katakata yang diucapkan oleh Ibrahim terhadap pembangkang dan berlaku perang mulut sehingga menjadikan Dewan kecoh.

Ibrahim sebelum itu menyindir anggota Parlimen yang bersikap hipokrit apabila tidak memperjuangkan apa yang sepatutnya mereka perjuangkan ketika berkuasa sebaliknya menghentam kerajaan apabila berada di luar kerajaan.

Kekecohan terus berlaku apabila Ibrahim menggunakan perkataan 'bangsa asing' yang dikatakan tidak tahu menggunakan perkataan sesuai terhadap Raja-Raja Melayu.

N.Gobalakrishnan (PKR-Padang Serai) kemudian meminta Ibrahim menarik balik perkataan bangsa asing itu kerana menyifatkan ia merujuk kepada bangsa yang ada di dalam negara ini selain ia kurang sopan. Ibrahim bagaimanapun enggan menarik balik perkataan itu kerana ia merujuk kepada bangsa asing di luar negara.

Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar menenangkan keadaan tetapi tidak diendahkan oleh keduadua anggota Parlimen tersebut.

Keadaan bertambah panas apabila masingmasing saling mempertahankan diri sehingga mengeluarkan perkataan yang tidak sepatutnya menyebabkan Gobalakrishnan keluar Dewan.

Ibrahim kemudian meminta maaf kepada Dr Wan Junaidi dan menarik balik semua perkataan yang tidak sesuai yang disebut kerana mendakwa Gobalakrishnan membuat provokasi terhadapnya.

"Tuan Yang Dipertua saya minta maaf banyakbanyak kepada Dewan yang mulia ini. Mereka buat provokasi terhadap saya tanpa mengikut peraturan, dengan tidak menghormati Tuan Yang Dipertua...menuduh, menuding dan mengeluarkan katakata kesat sambil keluar dari Dewan. Jika ada kesilapan itu sekali lagi saya minta maaf dan tarik balik semua," katanya. Tidak lama selepas itu, Dewan menjadi panas semula apabila Khalid Abdul Samad (PAS-Shah Alam) mempertikaikan sikap Ibrahim seolaholah hanya beliau pemimpin yang memperjuangkan hak dan institusi Raja-Raja Melayu.

Perang mulut sekali lagi berlaku apabila Ibrahim enggan memberi laluan kepada Khalid yang inginkan penjelasan menyebabkan Khalid keluar dari Dewan.

Kecewa dengan sikap pembangkang dan ucapannya yang sering diganggu, Ibrahim kemudian menghempaskan songkok yang dipakai di atas meja sebelum sebahagian besar wakil pembangkang keluar Dewan.

Isu yang dibangkitkan Ibrahim itu bagaimanapun mendapat sokongan anggota Parlimen kerajaan termasuk Datuk Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan) dan Datuk Mohamed Aziz (BN-Sri Gading) yang bangga dengan ketegasan Ibrahim mempertahankan hak Raja-Raja Melayu di negara ini.

Sebelum itu semasa perbahasan yang sama, ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau tidak bersetuju dengan hasrat Pengerusi DAP Karpal Singh untuk menyaman Sultan Perak Sultan Azlan Shah dan menyifatkan tindakan itu sebagai tidak perlu. Anwar (PKR-Permatang Pauh) berpendapat Karpal seharusnya mengambil tindakan terhadap kerajaan negeri yang didakwa sebagai tidak sah.

"Sebagai anak Melayu, yang berjiwa Melayu dan warga Malaysia, saya menentang keras sebarang cubaan untuk menghina, mempertikai dan mengugut untuk menahan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA)," katanya.

Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu juga mendakwa kononnya Barisan Nasional (BN) telah mencuba pelbagai cara untuk menggagalkan penubuhan kerajaan gabungan DAP, PAS dan PKR di negeri yang dikuasai parti itu.

Persidangan Dewan disambung Isnin.BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan