Bekas teman lelaki Elizabeth masih di luar negara

Diterbitkan: Khamis, 19 Februari 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Bekas teman lelaki Elizabeth Wong, yang diminta tampil memberi keterangan bagi membantu siasatan kes penyebaran gambar bogel Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Lanjan itu, masih lagi berada di luar negara.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar berkata sehingga kini bekas teman lelaki Wong belum pulang ke Malaysia.

"Saya diberitahu dia berada di luar negara dan belum balik lagi," katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat agung ke20 Persatuan Perkhidmatan Kawalan Keselamatan (PPKKM) di sini hari ini.

Bekas teman lelaki Wong itu sepatutnya memberi keterangan kepada polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya semalam, bagaimanapun beliau tidak muncul sehingga lewat malam semalam.

Media melaporkan lelaki tersebut yang dikatakan tinggal di Ampang sudah 10 hari tidak pulang ke rumahnya.

Lelaki tersebut yang pernah bekerja sebagai pembantu khas kepada Anggota Parlimen Petaling Jaya Selatan, Hee Loy Sian dikatakan sudah berhenti bekerja sejak bulan lepas.

Syed Hamid berkata, berita tentang kes penyebaran gambar bogel itu tidak perlu diperbesarkan kerana ia membabitkan hal peribadi.

"Saya fikir tidak ada siapapun yang suka gambar mereka ketika berada dalam bilik tidur diperlihatkan di sana sini. Dia (Wong) telah membuat laporan polis dan biarlah polis menjalankan kerja mereka," katanya.

Polis Kuala Lumpur mengambil alih siasatan kes tersebut daripada polis Selangor bermula hari ini dengan dibantu pasukan Bukit Aman.

Ketua Siasatan Jenayah Kuala Lumpur SAC II Datuk Ku Chin Wah berkata belum ada sebarang perkembangan terkini berhubung kes penyebaran gambar bogel itu dan polis masih mencari individu yang boleh membantu siasatan kes tersebut.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan mengaibkan kehormatan seseorang, yang membawa hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya. BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan