MB Selangor saman Khir Toyo

Diterbitkan: Rabu, 18 Februari 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini memfailkan dua saman fitnah terhadap bekas Menteri Besar Selangor Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo berhubung kenyataannya mengenai Abdul Khalid pada bulan lepas berhubung isu pembelian kereta Lexus dan pembelian 46 ekor lembu korban.

Kedua-dua saman itu difailkan di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini, pada pukul 11.57 pagi melalui firma guaman S.N. Nair & Partners.

Dalam pernyataan tuntutannya, Abdul Khalid mendakwa Dr Mohamad Khir telah mengucapkan atau membuat dua kenyataan berunsur fitnah yang telah diterbitkan di dalam suratkhabar "The New Straits Times" bertajuk "Lexus is my own, says Khalid" pada 15 Jan lepas dan di dalam suratkhabar 'Utusan Malaysia' bertajuk "Lepaskan Jawatan MB" pada 23 Jan lepas.

Menteri Besar itu mendakwa kedua-dua artikel itu secara langsung dan tidak langsung merujuk kepada beliau yang bermaksud antara lain bahawa beliau adalah seorang tidak jujur, tidak beretika dan sengaja menyalahgunakan kedudukannya untuk kehidupan peribadi dan jawatan awam.

Abdul Khalid mendakwa tindakan Dr Mohamad Khir itu antara lain didorong oleh niat jahat untuk mencetuskan kebencian dan kemarahan terhadap beliau serta merendahkan taraf beliau pada pandangan umum.

Ia juga berniat untuk memperkecilkan beliau dalam kapasiti persendirian dan rasmi, termasuk kapasiti beliau sebagai Menteri Besar, anggota Parlimen Bandar Tun Razak dan anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) kawasan Ijok, dakwanya.

Dr Mohamad Khir juga didakwa telah secara salah menerima dan menunjukkan dokumen rasmi rahsia berkaitan dengan andaian salah laku dalam hal 'lembu korban' tanpa mengesahkan ketepatan fakta yang berkaitan dan seterusnya membuat tuduhan palsu.

Seterusnya Abdul Khalid mendakwa Dr Mohamad Khir juga enggan meminta maaf walaupun satu surat tuntutan untuk beliau memohon maaf telah dihantar kepadanya pada 3 Februari lepas.

Justeru, Menteri Besar itu memohon gantirugi pampasan, gantirugi teruk, gantirugi teladan dan perintah injunksi bagi menghalang Dr Mohamad Khir daripada terus melafazkan, bercakap atau menulis atau menerbitkan kenyataan terbabit yang didakwa memfitnah beliau.

Sementara itu, S.N. Nair ketika ditemui pemberita selepas memfailkan saman itu berkata Menteri Besar bertindak memfailkan kedua-dua saman itu setelah Dr Mohamad Khir enggan meminta maaf dan menarik balik kenyataan beliau walaupun telah diberi tempoh selama tujuh hari untuk berbuat demikian.

"Jumlah gantirugi kita tidak nyatakan, terpulang kepada mahkamah untuk tentukan. Apa yang penting buat Tan Sri (Abdul Khalid) ialah untuk membersihkan namanya kerana jelas sekali semua dakwaan terbabit tidak benar dan kenyataan terbabit juga dibuat tanpa dipastikan kebenarannya terlebih dahulu," katanya. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan