Letak jawatan: Hasrat Elizabeth gopoh, silap atau komplot

Diterbitkan: Rabu, 18 Februari 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

ELIZABETH Wong menitiskan air mata ketika mengumumkan peletakan jawatannya sebagai ADUN Bukit Lanjan yang juga exco Selangor pada sidang media di ibu pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR), di sini, semalam.
ELIZABETH Wong menitiskan air mata ketika mengumumkan peletakan jawatannya sebagai ADUN Bukit Lanjan yang juga exco Selangor pada sidang media di ibu pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR), di sini, semalam.

PETALING JAYA: Dalam tempoh 12 jam selepas mengumumkan hasrat mahu meletakkan kedua-dua jawatan, Exco Kerajaan Negeri Selangor, Elizabeth Wong nampak gaya berhadapan dengan dilema - harus kekal ataupun sebaliknya.

Ada yang bersimpati. Ada yang menyifatkan beliau sebagai pemimpin bertanggungjawab kerana sedia memikul "liabiliti moral". Ada yang menganggap ia keputusan terburu-buru. Ada yang menyifatkan sebagai gimik ataupun mencari populariti.

Dalam tempoh dua minggu, Wong merupakan pemimpin kedua Parti Keadilan Rakyat (PKR) berbuat demikian. Awal minggu lalu, ADUN Bukit Selambau di Kedah, V. Arumugam juga meletakkan jawatan ekoran skandal moral.

Wong merupakan pemimpin keempat berhadapan dengan isu "skandal" selepas ADUN Changkat Jering dan Behrang yang kini bertindak sebagai wakil rakyat Bebas selepas keluar PKR bulan lalu.

Malah ada yang menganggap perkembangan semasa sebagai strategi PKR dan Pakatan Rakyat untuk menghadapi persekitaran politik semasa.

Segelintir penyokong Wong menganggap PKR tidak memberikan sokongan padu kepadanya dan membiarkan tekanan ke atas beliau berterusan.

Sehingga awal pagi ini blog Wong menerima lebih 400 komen dengan hampir kesemuanya menyatakan sokongan kepada beliau sambil menggesanya tidak meletakkan jawatan. Mereka mahu PKR menolak hasrat beliau.

Soi Lek: "Dunia belum kiamat bagi Elizabeth"

Gambar bogel: Polis ambil keterangan Elizabeth

Ada blog yang mendakwa Ketua Umum Pakatan Rakyat dan Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggunakan pendekatan terbaru ini untuk menepis "serangan bertubi-tubi" BN dan Umno, yang turut membawa kepada tumbangnya kerajaan negeri pimpinan Pakatan Rakyat di Perak.

Sehingga malam tadi, polis telah merakamkan kenyataan daripada lima orang - empat wartawan dan Wong sendiri.

TINJAUAN PUNGUTAN SUARA

Malalui tinjauan pungutan suara yang dijalankan mStar Online mendapati, 63 peratus pembaca tidak bersetuju Wong meletakkan jawatan berikutan isu foto dan video separuh bogel itu.

Sementara itu, 71 peratus bersetuju bahawa insiden yang menimpa Wong itu hanyalah masalah peribadi dan tidak melibatkan politik.

SIDANG MEDIA WONG

Pukul 11.40 pagi semalam, Wong yang muncul di sidang media dengan "wajah ceria" menawarkan diri untuk meletak jawatan dan juga mengosongkan kerusi Dewan Undangan Negeri kawasan Bukit Lanjan setelah gambar separuh bogelnya tersiar dalam Internet.

Dalam kenyataan kelmarin, Wong menyatakan sebagai foto atau video yang menunjukkan beliau berkeadaan separuh bogel.

WOng menjelaksan bahawa beliau akan membincangkan soal penyerahan tugasnya itu dengan Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim.

Khalid pula berkata dalam satu kenyataan bahawa beliau akan memohon menghadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah untuk mendapatkan nasihat baginda berhubung tawaran Wong untuk meletak jawatan.

Katanya beliau telah meminta Wong supaya bercuti bagi menenangkan fikiran.

Wong, yang juga Ketua Penerangan Wanita PKR dan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar Negeri berkata, terdapat pihak tertentu yang mahu mencemarkan nama baiknya.

Wong yang masih bujang menegaskan, beliau tidak melanggar sebarang undang-undang.

"Saya tak merasa malu hanya kerana saya tidak berkahwin," kata beliau sambil menambah, tawarannya untuk meletak jawatan adalah untuk kebaikan parti.

"Walaupun kempen memburukkan nama saya ini ditujukan kepada saya, tapi saya sedar matlamatnya adalah untuk memburukkan Parti Keadilan Rakyat," katanya.

SIMPATI AHLI PARLIMEN

Dalam pada itu, beberapa anggota Parlimen pula dan menghormati hasrat Wong untuk meletak jawatan.

Salahuddin Ayub (PAS-Kubang Kerian) menyifatkan keputusan itu merupakan satu tanggungjawab beliau untuk menyelamatkan parti manakala Datuk Bung Moktar Radin (BN-Kinabantangan) berkata tindakan Wong harus diterima kerana beliau sudah memikirkan soal kepentingan rakyat setempat serta negeri Selangor khususnya.

"Saya bersimpati dengan apa yang menimpa beliau. Pada saya bukan itu yang dia mahu, namun ada pihak telah mengambil kesempatan di atas kelemahan beliau," katanya.

Mohd Yusmadi Mohd Yusof (PKR-Balik Pulau) menyifatkan keputusan Wong sebagai sesuatu yang rasional.

Dr. Lo'lo Mohd Ghazali (PAS-Titiwangsa) pula menyalahkan media berhubung penyebaran gambar bogel Wong.

"Media yang memperbesar-besarkan isu ini dan mendedahkan gambar-gambar sedemikian. Cukuplah, kita ada banyak agenda hendak dilakukan... nak menangani krisis ekonomi lagi, masalah rakyat... sepatutnya krisis sebegini tidak ditimbulkan, " katanya.

NAIB PRESIDEN MCA HAIRAN

Pun begitu, Naib Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai mempersoalkan tindakan Wong yang menawarkan diri untuk meletak jawatan dan mengosongkan kerusi Bukit Lanjan.

Kata Liow, beliau hairan dengan tindakan wakil rakyat PKR itu untuk melepaskan kedua-dua jawatan yang disandangnya sedangkan Wong telah mengatakan beliau tidak bersalah dan dianiaya.

"Kalau tidak bersalah dan dianiaya, kenapa hendak letak jawatan?. Biarlah polis siasat dahulu," kata beliau di Alor Setar.

AMARAN UMNO

Anggota Majlis Tertinggi Umno, Datuk Noh Omar hari ini menyelar pihak-pihak tertentu yang cuba menyalahkan Barisan Nasional (BN) berhubung isu penyebaran gambar bogel anggota exco kerajaan negeri Selangor Elizabeth Wong.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi itu berkata, perkara itu merupakan satu lagi taktik dan manipulasi pihak pembangkang, yang cuba menutup kesalahan sendiri dengan menyalahkan orang lain.

"Saya nak tegaskan bukannya BN yang suruh dia berbogel.. bukan BN yang ambil gambar dia...jadi apa kena-mengena dengan BN?" katanya di Putrajaya.

Noh, yang juga anggota Parlimen Tanjung Karang, Selangor, berkata rakyat seharusnya mula membuka mata terhadap sifat sebenar wakil rakyat daripada pakatan pembangkang.

"Mereka waktu berkempen persoalkan calon-calon BN, mesti bersih, moral yang tinggi dan sebagainya, tapi apabila perkara ini timbul, walaupun tiada kaitan dengan kita tapi inilah cara mereka mengeksploitasi isu dan meracuni fikiran rakyat," katanya.

Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Tian Chua semalam mendakwa penyebaran gambar bogel wakil rakyat dari PKR itu adalah satu usaha terancang BN mencemar imej pakatan parti pembangkang dan mengalih perhatian rakyat.

Noh bagaimanapun enggan mengulas mengenai kewajaran tindakan Wong meletak jawatan disebabkan isu itu.

"Itu hak dia, cuma kalau berlaku kekosongan dan diadakan pilihan raya kecil, itu barulah tugas kita untuk cuba memastikan kita memenangi kerusi itu. Yang lain-lain tak perlu campur tangan urusan mereka," katanya.

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan