Gaji Exco Kedah dipotong 5 peratus untuk tabung rakyat susah

Diterbitkan: Rabu, 18 Februari 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SUNGAI PETANI:Gaji semua anggota exco kerajaan negeri Kedah akan dipotong lima peratus untuk disumbangkan kepada Tabung Tunku Mahmud, sebuah tabung kebajikan yang diuruskan oleh kerajaan negeri.

Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata potongan gaji itu akan dibuat mulai bulan ini sebagai usaha kerajaan membantu penduduk negeri itu yang susah.

Bercakap kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat exco kerajaan negeri di sini hari ini, beliau berkata langkah itu adalah sebagai membuktikan keprihatinan kerajaan negeri kepada rakyat ekoran kegawatan ekonomi yang sedang melanda negara.

Beliau berkata pejabat Pegawai Kewangan Negeri akan mengeluarkan surat tawaran kepada kakitangan kerajaan di Kedah sama ada ingin turut menyumbang kepada tabung itu menerusi potongan gaji. BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan