BN jangan fobia pilihan raya kecil

Diterbitkan: Rabu, 18 Februari 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad daripada PAS hari ini menasihatkan Barisan Nasional (BN) supaya tidak fobia dengan pilihan raya kecil.

Beliau berkata, walaupun BN kalah dalam pilihan raya kecil sebelum ini di Permatang Pauh dan Kuala Terengganu, namun masih ada peluang untuk mereka memenangi pilihan raya kecil yang akan datang.

"Jangan fobia. Masih ada harapan untuk menang, jadi tunjukkanlah kejantanan," katanya ketika mencelah semasa sesi perbahasan titah ucapan Yang di-Pertuan Agong oleh ahli Parlimen Muar, Datuk Razali Ibrahim, semalam.

Razali dalam perbahasannya yang menyentuh mengenai pengambil alihan kerajaan Perak oleh BN daripada Pakatan Rakyat berkata, Sultan Perak adalah pakar undang-undang dan beliau semestinya tidak akan membuat silap dalam memutuskan bahawa BN sememangnya berhak untuk mentadbir kerajaan Perak.

Khalid berkata, tidak dapat dinafikan negara mengamalkan demokrasi berpelembagaan dan Sultan berhak mentafsir undang-undang namun tindakan bekas Menteri Besar, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin untuk enggan meletak jawatan dan terus meminta Dewan Undangan Negeri (DUN) supaya dibubarkan juga adalah berasaskan perlembagaan dan undang-undang.

"Apabila ada dua tafsiran yang berbeza, adakah Muar kata tafsiran Sultan yang harus diterima?

"Umno dalam keadaan yang tidak mampu berdepan dengan Pakatan Rakyat dan ingin mengheret Raja-raja serta berselindung di sebalik institusi Raja-raja.

"Amalan Umno yang mengheret Sultan ini adalah yang menghina Raja-raja," katanya

Beliau berkata, demonstrasi rakyat di depan di Masjid Ubaidiah, Kuala Kangsar bagi membantah majlis angkat sumpah Menteri Besar Perak yang baru, Datuk Dr zambry Abdul Kadir pada 6 Februari lalu merupakan kekecewaan rakyat selepas melihat kerajaan yang mereka pilih melalui pilihan raya dirampas.

"Ada proses bagaimana Menteri Besar dan exco boleh diturunkan dan bukannya melalui satu-satu orang," katanya.

BN sebelum ini tewas kepada Parti Keadilan Rakyat dalam pilihan raya kecil Permatang Pauh dan kepada PAS di Kuala Terengganu.

Pilihan raya kecil seterusnya akan diadakan bagi kerusi Parlimen Bukit Gantang dan DUN Bukit Selambau pada 7 April depan.

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan