Wanita MCA kutuk edaran gambar bogel Exco Selangor

Diterbitkan: Selasa, 17 Februari 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Walaupun berbeza pendirian politik, Wanita MCA hari ini melahirkan rasa simpati terhadap anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Bukit Lanjan, Elizabeth Wong yang menjadi mangsa dalam skandal pengedaran gambar bogel.

Ketuanya, Datin Chew Mei Fun mengutuk mereka yang bertanggungjawab mengedar gambar Wong kerana perbuatan itu melanggar hak kebebasan peribadi wanita dan merupakan tindakan mengeksploitasi wanita bagi tujuan politik.

"Kami terkejut dengan perbuatan ini yang menjadikan wanita sebagai objek seks.

"Ia secara terangterangan menceroboh hak peribadi wanita serta mengeksploitasi wanita bagi tujuan politik," katanya dalam kenyataan di sini mengenai penyiaran gambar bogel Wong di Internet yang didakwa dilakukan bekas kekasih anggota Exco Selangor itu dan pihak yang ingin membunuh kerjaya politik Wong.

Chew berkata, perbuatan merakam gambar anggota tubuh wanita tanpa kebenaran atau pengetahuannya adalah menyalahi undang-undang dan boleh dikenakan hukuman mengikut Kanun Keseksaan (Akta 574), manakala perbuatan menyiarkannya bagi tatapan umum juga, melanggar akta itu.

"Kami ingin menasihati semua wanita supaya berhati-hati. Kami juga menggesa kerajaan supaya menguatkuasakan dengan tegas Akta berkenaan agar ia benar-benar dapat mencegah perbuatan tidak bermaruah ini," katanya.

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan