"Saya mangsa gambar separuh bogel"

Diterbitkan: Isnin, 16 Februari 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

[DIKEMAS KINI, 4.45 PETANG] PETALING JAYA: "Saya mangsa dalam kejadian ini." Demikian reaksi Elizabeth Wong, salah seorang Exco Kerajaan Selangor, yang gambar berkeadaan bogelnya kini disebarkan menerusi internet dan MMS.

Dalam kenyataan satu muka, yang dikeluarkan sebentar tadi, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Lanjang itu berkata, di sebalik 'krisis ini' beliau akan terus berkhidmat untuk rakyat negeri Selangor.

Kata Wong, penyebaran dan penerbitan foto atau video yang dimaksudkan itu merupakan "serangan dengki" ke atas personaliti beliau.

Bekas MB Selangor mahu Elizabeth letak jawatan

Gambar bogel: PKR tidak kompromi ambil tindakan disiplin

"Saya dimaklumkan bahawa beberapa orang sedang mencuba untuk menyebarkan foto atau video yang menunjukkan saya sedang tidur dalam keadaan separuh bogel dan juga dalam keadaan intim.

"Penyebaran dan penerbitan foto-foto atau video sedemikian merupakan serangan bersifat jahat ke atas personaliti saya.

"Saya adalah mangsa dalam kejadian ini," kata wakil rakyat berusia 37 itu, yang masih belum berumah tangga dalam kenyataan berkenaan.

Kata Wong, semalam beliau telah membuat laporan polis berhubung isu tersebut.

"Saya memberikan kerjasama penuh kepada polis dalam siasatan mereka.

"Oleh itu, saya tidak akan membuat spekulasi secara terbuka mereka yang bertanggungjawab ke atas pencerobohan privasi saya," katanya.

Pada sidang media pukul 3 petang tadi, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed mengesahkan satu laporan mengenainya telah dibuat tetapi polis masih menyiasat isu tersebut.

Kata beliau, polis belum menerima kewujudan gambar-gambar sedemikian dan mahu mereka yang memilikinya agar menyerahkan kepada pihaknya.

Wong, yang juga Pengerusi Pelancongan, Pengguna dan Alam Sekitar Selangor menambah, buat masa sekarang beliau akan meneruskan tugas dan tanggungjawabnya kepada rakyat Selangor.

"Saya menerima banyak sokongan datripada penyokong, rakan, sahabat dan penduduk di bahagian saya.

"Saya ingin mengucapkan terimas kasih kepada keprihatinan, sokongan dan galakkan mereka.

"Anggota keluarga saya di belakang saya. Saya merayu kepada media agar memberikan ruang kepada saya dan anggota keluarga saya dalam menghadapi cabaran besar ini," kata wakil rakyat penggal pertama itu.

Sebelum menyertai politik Wong merupakan aktivis pertubuhan bukan kerajaan khususnya Suaram.

BERITA TERDAHULU

Gambar "bogel" Exco Selangor disebar, mangsa bekas kekasih?

[DIKEMAS KINI, 2 PETANG] PETALING JAYA: Kerajaan negeri Selangor pimpinan Pakatan Rakyat pula dilanda masalah dengan tersebarnya gambar berkeadaan "bogel" Elizabeth Wong, salah seorang exco negeri itu.

Malam tadi, Wong yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri kerusi Bukit Lanjan telah membuat laporan di Balai Polis Damansara berhubung gambar-gambar "bogelnya" yang kini disebarkan menerusi internet dan MMS.

Maklumat-maklumat awal menunjukkan gambar-gambar beliau berada dalam keadaan "berbogel" - ketika sedang tidur di atas sofa, diambil tanpa pengetahuannya.

Difahamkan gambar itu diambil menggunakan telefon bimbit sebelum pilihan raya umum ke-12, 8 Mac lalu.

KOMEN MB SELANGOR

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim berkata, pihaknya akan membincangkan isu itu di peringkat parti dan mesyuarat exco negeri, Rabu ini.

Khalid berkata, adalah penting untuk mendengar penjelasan daripada Wong berhubung isu tersebut dan membiarkan siasatan dijalankan terhadap laporan polis yang telah dibuat Wong semalam.

"Kita akan adakan perbincangan mengenainya dan saya rasa, adalah penting memberi mangsa (Wong) ruang untuk memberi penjelasan kepada kita.

AHLI-AHLI PARLIMEN BERSIMPATI

"Adalah tidak adil untuk kita buat kenyataan sekarang tanpa penjelasan yang sesuai. Mana tahu jika ada orang yang mahu memerangkap beliau," katanya ketika ditemui di lobi Parlimen, hari ini.

Khalid berkata, pihaknya terbuka untuk menghadapi sebarang kemungkinan berhubung insiden yang menimpa Wong.

"Bagaimanapun, perkara yang terbaik adalah memberi peluang kepada mangsa hak untuk didengar dan kita akan mendengar penjelasannya.

"Kita akan membincangkan perkara itu dalam mesyuarat Exco Kerajaan Negeri," katanya.

Khalid berkata, Wong telah berjumpa dengan beliau dan menerangkan mengenai insiden itu.

"Beliau dah mengaku dan telah buat laporan polis. Sebab itu saya bagi masa kepada beliau untuk mengambil tindakan apa yang perlu," katanya.

Wong merupakan salah seorang pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR). Khalid pula ialah Pengerusi PKR Selangor.

PATEN SERANGAN - AZIZAH

Dalam pada itu, Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail berkata, pihaknya "sedih" dengan perkembangan terbaru ini.

Katanya, ia merupakan paten berterusan pihak-pihak yang mahu menyerang wakil rakyat PKR.

Blog Wong tidak memuatkan sebarang kenyataan mengenai isu itu setakat tengah hari ini.

Difahamkan beliau akan mengeluarkan kenyataan rasmi petang ini.

LETAK JAWATAN

Seorang lagi Exco Kerajaan Negeri Selangor, Teresa Kok berkata, Wong tidak perlu meletak jawatan berhubung isu tersebut kerana beliau adalah mangsa mereka yang tidak bertanggungjawab.

"Beliau adalah seorang wanita yang menjadi mangsa percintaan. Beliau sendiri tidak tahu dan tidak menduga gambarnya dirakam oleh bekas kekasihnya," katanya.

Kok yang juga Ahli Parlimen Seputeh berkata, kes ini adalah berbeza dengan kes video lucah bekas Menteri Kesihatan, Datuk Dr. Chua Soi Lek yang pernah tersebar sebelum ini.

"Beliau adalah mangsa jenayah dan kita kena beri sokongan kepadanya," katanya.

Sementara itu, Naib Presiden PKR, R. Sivarasa berkata, insiden yang menimpa Wong adalah pencerobohan privasi beliau.

"Isu yang kita dapat lihat di sini adalah pencerobohan kepada hak perbadi beliau dan gambar itu pula telah jatuh ke tangan mereka yang tidak bertanggungjawab," katanya.

Katanya, isu Wong juga berbeza dengan Chua kerana bagi kes Chua, adalah terlalu sukar untuk mempertahankan beliau secara umum memandangkan beliau telah berkahwin.

POLIS SIASAT

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed mengesahkan satu laporan mengenainya telah dibuat tetapi polis masih menyiasat isu tersebut.

Pagi tadi, kakitangan Wong telah menutup pintu ke pejabatnya yang terletak di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri, Shah Alam.

Pembantu khasnya, Chua Yee Ling berkata, wakil rakyat berkenaan sedang menghadiri mesyuarat dan akan mengeluarkan kenyataan petang ini.

Wong memperoleh 12,125 undi manakala pencabarnya, Yong Dai Ying dari BN dan Gerakan menerima 6,970 undi.

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan