Permatang Pauh, Kuala Terengganu tidak pengaruhi Bukit Gantang

Diterbitkan: Ahad, 15 Februari 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

IPOH: Senario politik sepanjang tempoh pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang dijangka berbeza dengan situasi bagi dua pilihan raya kecil sebelum ini iaitu di Permatang Pauh dan Kuala Terengganu.

Ketua Umno Bahagian Bukit Gantang, Datuk Rosli Husin berkata ini kerana kawasan itu mempunyai banyak perbezaan daripada pelbagai aspek termasuk sikap pengundi yang kini dilihat 'kembali semula ke pangkuan' Barisan Nasional (BN) ekoran kemelut politik yang berlaku di Perak baru-baru ini.

"Di Perak ini, kita amat berbeza, kalau di Kuala Terengganu faktor calon dikatakan punca kepada kekalahan yang mana dilihat sebelum itu oleh masyarakat setempat sebagai 'sesuatu yang tidak kena'.

"Insya-Allah, apa yang berlaku di Kuala Terengganu dan Permatang Pauh tidak akan 'berjangkit' di Bukit Gantang," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri mesyuarat tertutup ketua-ketua Bahagian Umno negeri Perak yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Bangunan Umno Negeri di sini.

Ketika ditanya mengenai isu Kapt (B) Mohd Osman Mohd Jailu yang kini menjadi wakil rakyat bebas yang dijangka dimainkan pembangkang dalam pilihan raya itu, beliau berkata, ia bukan isu.

"Mohd Osman dan Jamaluddin Md Radzi (kedua-duanya bekas wakil rakyat Parti Keadilan Rakyat (PKR)) mungkin melihat kepincangan yang berlaku dalam mesyuarat Exco yang mana setiap keputusan bukan ditentukan oleh menteri besar, sebaliknya oleh faktor Ngeh-Nga (Ngeh Koo Ham dan Nga Kor Ming) yang menyebabkan mereka keluar parti dan menjadi calon bebas dengan menyokong BN," katanya.

Rosli juga berkata, selain itu isu peralihan kuasa daripada Pakatan Rakyat kepada BN semula sebenarnya menguntungkan BN yang patuh kepada titah dan perkenan Sultan Perak Sultan Azlan Shah.

"Saya hairan ketika demonstrasi dan perhimpunan yang dibuat di Kuala Kangsar (semasa majlis angkat sumpah menteri besar Perak yang baru), tidak kelihatan penyokong parti DAP dan parti Keadilan Rakyat (PKR). Ini jelas menunjukkan PAS dimainkan oleh DAP dan PKR," katanya.

Mengenai keputusan BN Perak hari ini yang mahu anak tempatan daripada Umno dipilih sebagai calon untuk bertanding pada pilihan raya kecil Parlimen itu, beliau berkata, ia sejajar dengan kemahuan majoriti masyarakat tempatan.

"Pada pilihan raya umum lepas, faktor calon dikatakan punca terbesar BN kalah termasuk terkena 'tsunami politik'.

"Hari ini masyarakat tempatan mahu seseorang yang mesra rakyat, yang turun padang, yang tahu setiap masalah rakyat.

"Jadi ia perlu menjadi pengajaran kali ini," katanya.

Beliau berkata pada masa sekarang rakyat di Perak sedar selepas 11 bulan kerajaan Pakatan Rakyat memerintah tidak ada pembangunan di negeri itu yang dibawa melainkan meneruskan pembangunan yang dibuat BN sebelum itu. BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan