Bayi perempuan ditemui dalam laci di rumah polis

Diterbitkan: Ahad, 15 Februari 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BAYI perempuan ini ditemui dalam laci almari di bilik pembantu rumah seorang pegawai kanan polis di Taman Fauziah, Kangar hari ini. -fotoBERNAMA
BAYI perempuan ini ditemui dalam laci almari di bilik pembantu rumah seorang pegawai kanan polis di Taman Fauziah, Kangar hari ini. -fotoBERNAMA

KANGAR: Seorang pegawai kanan polis terkejut apabila menemui seorang bayi perempuan di dalam sebuah laci almari di rumahnya di Taman Fauziah dekat sini hari ini.

Pegawai wanita yang enggan namanya disiarkan itu berkata, beliau mendengar tangisan seorang bayi dari dalam bilik pembantu rumahnya lalu menyiasatnya.

Beliau kemudiannya menemui seorang bayi perempuan yang disimpan di dalam laci almari di situ dalam keadaan bogel pada pukul 9.30 pagi.

Pegawai wanita itu kemudiannya bertanya kepada pembantu rumahnya yang kemudian mendakwa menemui bayi itu ketika keluar membuang sampah berhampiran rumah itu Jumaat lalu.

Pembantu rumah warga Indonesia berusia 20 tahun itu mendakwa terkejut apabila bungkusan kain yang disangka sampah itu membalut seorang bayi lalu membawanya ke dalam rumah majikannya.

Bagaimanapun, bayi itu disimpan di dalam laci almari di dalam biliknya selama dua hari dan hanya memberi bayi itu minum air kosong sahaja berikutan bimbang disalah tafsir majikannya.

Pegawai kanan polis itu kemudian membuat laporan di Balai Polis Kangar berhubung penemuan itu.

Ketua Polis Daerah Kangar, Supt Yusof Mohd Diah ketika ditemui berkata pembantu rumah berkenaan akan diambil keterangannya bagi mengetahui cerita sebenar atau ada kemungkinan bayi itu miliknya sendiri.

Beliau berkata, bayi yang sudah luruh tali pusat itu dihantar ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF) untuk menjalani pemeriksaan kesihatan ekoran tidak diberi minum susu sepanjang tempoh ditemui.

Yusof berkata, pembantu rumah itu juga dibawa ke HTF untuk pemeriksaan bagi mengesahkan bayi itu bukan miliknya kerana sebarang kemungkinan boleh berlaku.

"Kes akan disiasat dibawah Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana meninggalkan atau membuang kanakkanak dalam keadaan terbiar," katanya. BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Kolumnis

iklan

Iklan