MB, 6 Exco Perak dihadap Jawatankuasa Hak

Diterbitkan: Sabtu, 14 Februari 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

[DIKEMAS KINI] IPOH: Didakwa menghina Dewan Undangan Negeri (DUN), Menteri Besar Perak, Datuk Dr. Zambry Abdul Kadir dan enam Exco kerajaan negeri kerajaan Barisan Nasional (BN) telah dipanggil supaya menghadap Jawatankuasa Hak dan Kebebasan DUN Rabu ini.

Notis saman hadir kepada Zambry dan kesemua enam Exco iaitu Hamidah Osman, Datuk Ramly Zahari, Dr. Mah Hang Soon, Datuk Saarani Mohamad, Mohd Zahir Abdul Khalid dan Zainol Fadzi Paharudin telah dihantar pagi semalam melalui Setiausaha DUN Perak, Abdullah Antong.

Dalam reaksi segera, Zambry berkata, beliau belum melihat surat yang dikatakan dihantar oleh Speaker DUN, V. Sivakumar.

Kata beliau, Sivakumar perlu berfikir tentang apa yang dilakukannya.

"Beliau seharusnya tahu apa yang dilakukannya... Jangan melakukan sesuatu berdasarkan perasaan," kata beliau sambil menambah, BN telah merujuk beberapa kes kepadanya tetapi gagal mengambil tindakan sewajarnya.

Sivakumar berkata, keputusan tersebut adalah ekoran surat aduan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Canning Wong Kah Woh Khamis lalu yang meminta supaya mereka dirujuk kepada jawatankuasa berkenaan kerana didakwa telah menghina DUN.

Sivakumar juga merupakan Pengerusi jawatankuasa berkenaan.

"Setelah bersidang, pihak jawatankuasa berpendapat terdapat asas ataupun prima facie terhadap aduan yang dibuat oleh YB Wong Kah Woh.

"Oleh yang demikian jawatankuasa sebulat suara membuat keputusan untuk merujuk kesemua tujuh Ahli Dewan Undangan Negeri kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan DUN," katanya kepada pemberita di pejabatnya di sini hari ini.

Jelas beliau, jawatankuasa yang bersidang pada 12 Februari lepas telah dihadiri oleh beliau sendiri, Husin Din (ADUN Selingsing), Chan Ming Kai (Simpang Pulai), Ong Boon Piow (Tebing Tinggi), Loke Chee Yan (Kepayang) dan Sum Chok Leng (Bercham) manakala wakil tunggal daripada BN iaitu ADUN Temengor Datuk Hasbullah Osman tidak dapat hadir kerana mempunyai program di Gerik.

Hamidah merupakan Pengerusi Jawatankuasa Industri, Pelaburan, Pembangunan Usahawan, ICT, Pelancongan dan Hal Ehwal Wanita, Ramly (Infrastruktur, Kemudahan Awam, Tenaga dan Air), Mah (Kesihatan, Kerajaan Tempatan, Hal Ehwal Pengguna, Alam Sekitar, Pengangkutan Awam dan Hal Ehwal Bukan Islam).

Saarani (Penerangan, Pembangunan Luar Bandar, Pembasmian Kemiskinan, Perladangan dan Kebajikan), Mohd Zahir (Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains dan Teknologi) dan Zainol Fadzi (Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan).

Ditanya bentuk hukuman yang boleh dikenakan terhadap Menteri Besar dan Exco berkenaan, Sivakumar berkata, jawatankuasa berkenaan akan hanya melakukan penyiasatan dan membentangkan laporan dan saranannya pada sidang DUN yang akan datang.

"Keputusan akan dibuat dalam Dewan," katanya.

Sivakumar enggan memperincikan aduan yang telah dikemukakan oleh Wong namun akhbar hari ini melaporkan ADUN Canning itu dalam surat aduannya kepada jawatankuasa berkenaan telah mendakwa proses pelantikan Zambry sebagai Menteri Besar dan barisan Exconya telah mencabuli Undangundang Tubuh Negeri Perak.

Sementara itu pada sidang akhbar di Wisma DAP di sini, Pengerusi DAP Perak dan ADUN Sitiawan, Datuk Ngeh Koo Ham berkata, Sivakumar mempunyai kuasa mengeluarkan waran tangkap terhadap Menteri Besar baru Perak dan enam Exco berkenaan jika mereka tidak hadir di hadapan jawatankuasa itu Rabu ini.

Beliau berkata, tindakan menggantung keahlian kesemua tujuh Adun BN berkenaan merupakan antara bentuk hukuman yang boleh dicadangkan oleh jawatankuasa berkenaan.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan