Isu bahasa Inggeris: Gapena buat laporan polis esok

Diterbitkan: Sabtu, 14 Februari 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Gabungan Persatuan Penulis Nasional (Gapena), yang sebelum ini berkata mahu menyaman kerajaan berhubung dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI), akan membuat laporan polis esok.

Ketua II Gapena, Prof Datuk Dr. Abdul Latiff Abu Bakar berkata, pihaknya membuat laporan polis kerana mendakwa kerajaan telah melanggar Perlembagaan Persekutuan berhubung isu bahasa dengan memperkenalkan PPSMI.

Jelas beliau pendirian Gapena yang hanya mahu membuat laporan polis dan bukannya terus mengambil tindakan mahkamah seperti yang dirancang sebelum ini selewat-lewatnya esok adalah bagi memberi ruang untuk mereka meneliti perkara itu dengan lebih mendalam.

Abdul Latiff berkata, pihaknya masih mempertimbangkan tindakan berkenaan dan perbincangan serius mengenainya masih diteruskan.

"Kita akan buat laporan polis dahulu berhubung pelanggaran Perlembagaan Persekutuan.

"Isu saman kita masih bincang, tapi apa yang penting kita konsisten dalam usaha membantah PPSMI melalui laporan polis yang akan kita buat esok," katanya kepada mStar Online.

Penghujung tahun lalu Gapena menetapkan 15 Februari (esok) sebagai tempoh muktamad untuk mengambil tindakan undang-undang di mahkamah sekiranya kerajaan masih meneruskan PPSMI.

Pemilihan tarikh itu adalah sebagai simbolik kepada Perkara 152 dalam Perlembagaan Malaysia yang menyentuh soal kedudukan bahasa kebangsaan.

Laporan polis berkenaan akan dibuat di Balai Polis Brickfields kira pukul 11 pagi esok.

Sebelum itu satu perhimpunan aman akan diadakan pada pukul 9 pagi di rumah Gapena bagi memberi ruang kepada pemimpin-pemimpin NGO dan tokoh-tokoh bahasa berdialog berhubung isu PPSMI.

Menurut Abdul Latiff, perhimpunan berkenaan sudah mendapat permit polis.

"Kita ada cara kita tunjukkan bantahan secara aman, kita minta permit polis untuk berhimpun dengan baik dan sopan," katanya.

Tambah beliau, Kementerian Pelajaran dan kerajaan telah melakukan kesilapan besar dengan memperkenalkan PPSMI.

"Memperkenalkan PPSMI merupakan satu kesilapan besar yang dibuat oleh kerajaan yang jelas tidak mendapat sokongan rakyat berhubung pelaksanaannya.

"Kita tak didalangi oleh mana-mana parti politik, kita bantah atas dasar tanggungjawab terhadap bahasa kebangsaan," katanya.

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan