Inkues kematian setiausaha peribadi anak Samy Vellu ditetapkan 16 Mac

Diterbitkan: Sabtu, 14 Februari 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Inkues terhadap kematian K. Sujatha, bekas setiausaha peribadi kepada Ketua Pegawai Eksekutif Maika Holdings, S. Vell Paari Samy, ditetapkan selama tiga hari bermula 16 Mac ini.

Majistret Mohd. Fauzi Che Abu yang bertindak selaku koroner menetapkan tarikh itu selepas Timbalan Pendakwa Raya Geethan Ram Vincent yang membantu inkues itu memberitahu mahkamah yang beliau akan memanggil tujuh hingga lapan saksi.

Geethan juga memberitahu koroner bahawa antara saksi ialah Dr. S. P. Sakthiveloo, seorang pakar perubatan dari Hospital Tengku Ampuan Rahimah di Klang yang pernah merawat Sujatha.

Mohd. Fauzi mengingatkan peguam-peguam pemerhati bahawa beliau tidak akan membenarkan penyoalan balas saksi sebagaimana dinyatakan dalam arahan amalan mengenai inkues dikeluarkan oleh bekas hakim besar Malaya, Siti Norma Yaacob pada 2007.

Beliau berkata, peguam yang ingin bertanyakan soalan atau menghendaki penjelasan hendaklah menujukannya kepada timbalan pendakwa raya.

Peguam Datuk K. Kumaraendran yang bertindak bagi pihak keluarga Sujatha berkata peguam lebih berminat mendapatkan kebenaran koroner secara langsung daripada mengemukakan soalan kepada timbalan pendakwa raya.

Sujatha mati di hospital berkenaan pada 25 Jun 2007, selepas empat hari dimasukkan ke wad kerana didakwa meminum racun rumpai.

Polis pada mulanya mengklasifikasi kes itu sebagai bunuh diri tetapi mengarahkan diadakan inkues selepas mengesyaki ada unsur meragukan dalam kematiannya berikutan beberapa laporan polis dibuat oleh Ahli Parlimen Kapar, S. Manikavasagam.

Sujatha yang pernah berlakon dalam beberapa drama dan telemovie tamil tempatan, mula menjadi setiausaha peribadi kepada Vell Paari semasa beliau menjadi pengarah urusan Maika Holdings.

Kumaraendran ketika ditanya sama ada akan memanggil Vell Paari, yang juga anak kepada Presiden MIC, Datuk Seri S. Samy Vellu, sebagai saksi berkata, pihak pendakwa membayangkan demikian.

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Kolumnis

iklan

Iklan