Bekas Ketua Wanita PPP umum tanding DUN Bukit Selambau

Diterbitkan: Sabtu, 14 Februari 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SUNGAI PETANI: Bekas Ketua Wanita PPP Kedah, G. Sarala menawarkan diri untuk bertanding sebagai salah seorang calon bagi pilihan raya kecil Bukit Selambau.

Beliau mengumumkan pendiriannya untuk bertanding sebagai calon bebas beberapa jam selepas Suruhanjaya Pilihan Raya mengumumkan hari penamaan calon dan pengundian yang akan diadakan pada 29 Mac dan 7 April depan.

"Saya memutuskan untuk menerima cabaran selepas menerima panggilan daripada pengundi tempatan.

"Saya orang tempatan di sini (Bukit Selambau). Saya pasti saya boleh mendapatkan sokongan," katanya dalam sidang akhbar di sini semalam.

Sarala keluar daripada PPP beberapa hari lalu.

Presiden MIC Datuk Seri S. Samy Vellu berkata beliau optimistik bahawa sokongan pengundi akan kembali kepada Barisan Nasional (BN) berdasarkan beberapa isu yang dibangkitkan semasa pilihan raya umum yang lalu sudah dikenal pasti.

Beliau bagaimanapun menyerahkan kepada pucuk pimpinan parti untuk menentukan calon yang akan bertanding di kerusi berkenaan.

Bukit Selambau mempunyai seramai 35,140 orang pengundi berdaftar dengan pecahan peratusan kaum Melayu (50.2 peratus), India (29 peratus) dan Cina (19 peratus).

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan