Polis Perak mula siasat laporan berhubung hasutan

Diterbitkan: Jumaat, 13 Februari 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

IPOH: Polis di Perak telah memulakan siasatan terhadap beberapa laporan yang dibuat oleh individu, parti politik dan badan bukan kerajaan berhubung kenyataan berbau hasutan oleh pemimpin Pakatan Rakyat.

Ketua Polis Perak Datuk Zulkefli Abdullah berkata polis telah membuka 17 kertas siasatan berhubung dengan hasutan dan telah mula mengambil keterangan daripada beberapa individu yang terlibat.

Semua kes yang dilaporkan itu akan disiasat oleh Jabatan Siasatan Jenayah mengikut Seksyen 4 Akta Hasutan, katanya pada satu sidang akhbar di sini hari ini.

Antara laporan yang dibuat adalah terhadap Pengerusi DAP Karpal Singh yang didakwa menghina Sultan Perak, Sultan Azlan Shah kerana mahu menyaman baginda kerana memberi perkenan bagi pelantikan Datuk Dr. Zambry Abdul Kadir daripada Barisan Nasional menggantikan Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin daripada Pakatan Rakyat sebagai Menteri Besar.

Zulkefli juga berkata polis akan menutup beberapa jalan di Kuala Kangsar bermula 7 malam esok bagi memberi laluan kepada tetamu yang akan menghadiri Majlis Santapan Diraja sempena Jubli Perak Sultan Perak di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar.

Antara jalan-jalan yang ditutup ialah Jalan Raja Chulan, Jalan Tebing, Jalan Batu Kerajaan, Jalan Daeing Selili, Jambatan Gantung dan Jambatan Iskandariah Sayong.

Semua kenderaan berat pula dilarang menggunakan Lebuhraya Utara-Selatan dari arah Ipoh ke Kuala Kangsar bermula 5.30 petang esok.

Zulkefli berkata bahawa pada masa itu, kenderaan berat boleh melalui jalan persekutuan bermula dari Jalan Jelapang ke Jalan Tasek, Jalan Kuala Kangsar dan Jalan Chemor. BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan