PM terperangkap dalam lif

Diterbitkan: Khamis, 12 Februari 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Perasmian majlis pelancaran sambutan Jubli Perkhidmatan Awam (JPA) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya terpaksa ditangguhkan apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi terperangkap dalam lif selama kira-kira 30 minit di situ.

Turut sama terperangkap bersama beliau di dalam lif tersebut ialah Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Khalil Yaakob dan Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Datuk Ismail Adam.

Disebabkan insiden tersebut, Abdullah terpaksa membatalkan sidang akhbarnya yang dijadual diadakan selepas itu. Insiden tersebut juga menyebabkan majlis pelancaran itu turut tertangguh.

Majlis tersebut yang sepatutnya bermula jam 10.30 pagi tetapi telah tertangguh sehingga jam 11 pagi.

Beberapa anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat bekejar ke pusat untuk membawa keluar kesemua mereka yang terperangkap dalam lif tersebut.

Menurut sumber, Abdullah kelihatan tenang meskipun terperangkap di dalam lif.

"Datuk Seri Abdullah kelihatan tenang sahaja, malah beliau sempat tersenyum kepada ke arah orang ramai yang berada di luar lif tersebut," kata sumber itu.

Bagaimanapun, Abdullah kelihatan terbatuk-batuk ketika menyampai ucapannya di majlis tersebut.

Ketua Pengarah JPA, dalam ucapannya, memohon maaf kepada Abdullah berhubung insiden terperangkap dalam lif tersebut.

Ekoran kejadian itu, Abdullah tidak hadir bagi merasmikan projek tebatan banjir Sungai Damansara di pejabat tapak projek RTB Sungai Damansara petang tadi.

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan