Karpal beri keterangan di IPKKL - Berita Semasa | mStar

Karpal beri keterangan di IPKKL

Diterbitkan: Khamis, 12 Februari 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Polis hari ini mengambil keterangan Pengerusi DAP Karpal Singh bagi membantu siasatan berhubung dua laporan polis yang dibuat terhadapnya pada pada 6 Februari di sini dan 9 Februari di Pulau Pinang.

Karpal tiba di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur (IPKKL) pada pukul 5.10 petang dan keterangannya diambil oleh Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, ACP Aziz Zakaria di tingkat 9 IPKKL.

Ketika ditemui pemberita sebaik keluar dari IPKKL pada kira-kira pukul 8.15 malam, Karpal berkata beliau dipanggil untuk memberi keterangan mengikut Seksyen 112 Kanun Acara Jenayah berhubung dakwaannya bahawa Sultan Perak boleh dibawa ke mahkamah dalam kapasiti rasminya.

Karpal berkata beliau kini menyerahkan kepada Peguam Negara untuk menentukan tindakan yang akan diambil terhadap beliau.

"Daripada pandangan saya tidak ada apa-apa yang saya suarakan selama ini bertentangan dengan undang-undang," katanya.

Berhubung 89 laporan polis yang dibuat terhadapnya, Karpal berkata laporan polis itu tidak mempunyai asas terutama yang dibuat oleh Pemuda Umno. BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan