13 pegawai SPA Perak tiada kerja

Diterbitkan: Khamis, 12 Februari 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

IPOH: Proses menemuduga pemohon bagi jawatan di kesemua 10 Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Perak yang kini dijalankan sendiri oleh PBT terbabit perlu diambil alih oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) Perak, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Senator T.Murugiah.

Beliau berkata cadangan itu akan dibawa ke perhatian Menteri Besar Datuk Dr Zambry Abdul Kadir untuk dipertimbangkan dalam masa terdekat memandangkan 13 pegawai SPA tidak mempunyai kerja dan ia menyebabkan pembaziran sumber manusia.

"PBT boleh tumpu kepada usaha pentadbiran dan pembangunan di kawasan mereka," katanya selepas mengadakan perbincangan dengan Pengerusi SPA Perak Datuk Bahari Mohd Jabar di Pejabat SPA Negeri di Kompleks Islam di sini hari ini.

Murugiah berkata kerajaan membayar RM186,814 setahun kepada lima ahli lembaga SPA Perak.

"Itu bukan satu jumlah yang kecil untuk dibazirkan begitu sahaja," katanya.

Suruhanjaya itu adalah di bawah bidang kuasa kerajaan negeri.

Mengenai satu perkara lain, Murugiah berkata beliau akan mengarahkan Biro Pengaduan Awam menyiasat laporan sebuah akhbar tabloid mengenai kegiatan pihak tidak bertanggungjawab "menjual" warga asing khususnya warga Bangladesh kepada majikan tempatan.

Menurut laporan itu, berpuluh-puluh warga Bangladesh yang tidak mempunyai pekerjaan dilambak dalam sebuah rumah di ibu negara dan dijual pada harga RM1,000 setiap seorang kepada majikan berminat. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan