Faktor calon penting dalam pilihan raya kecil - Muhyiddin

Diterbitkan: Rabu, 11 Februari 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Faktor calon merupakan faktor paling mustahak yang perlu diberi pertimbangan sewajarnya oleh kepimpinan Barisan Nasional (BN) untuk memastikan kemenangan parti itu pada pilihan raya kecil kerusi Parlimen Bukit Gantang di Perak dan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau di Kedah.

Naib Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata BN perlu meletakkan calon terbaik yang bukan saja diterima, tetapi turut memperoleh sokongan padu daripada rakyat.

"Karakternya, perwatakannya, ilmu pengalamannya, ini adalah antara ukuran, selain daripada mampu menjalankan tugas dengan berkesan, memikul amanah dan tanggungjawab rakyat dengan bersungguh-sungguh.

"Tidak ada skandal dan bersih daripada apa-apa tanggapan negatif," katanya selepas majlis penutupan persidangan Eksekutif Muda Khidmat Awam 2009 sebagai mewakili Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), di sini hari ini.

Dua kerusi itu kosong berikutan kematian anggota Parlimen Bukit Gantang Roslan Shaharom pada Isnin lepas dan peletakan jawatan anggota DUN Bukit Selambau, V.Arumugam pada hari yang sama.

Muhyiddin yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata kemungkinan BN untuk menang pada kedua-dua pilihan raya kecil itu dijangka lebih cerah, tambahan setelah rakyat melihat sendiri ketidakstabilan pakatan pembangkang di Perak.

Beliau berkata, turut akan membantu adalah kesediaan kerajaan BN untuk membuat perubahan daripada segi dasar dan pendekatan mengikut kehendak rakyat sepertimana yang diumumkan oleh Najib barubaru ini.

"(Bagaimanapun) Kita tak mahu bersikap angkuh dalam perkara ini, kita bersikap pragmatik dan tidak akan ambil mudah, lebih-lebih lagi bila kita menghadapi masalah dalam pilihan raya kecil sebelum ini," katanya.

Daripada segi persediaan, Muhyiddin berkata jentera BN harus mula mendampingi pengundi di kedua-dua kawasan berkenaan bagi mendapatkan maklum balas mereka tentang perkara yang mungkin digunakan sebagai bahan dalam kempen pilihan raya kecil itu nanti.

"Yang penting kita nak melihat sikap kerjasama dan perpaduan yang merupakan teras kepada kejayaan dalam menghadapi pilihan raya kecil, jadi pemimpin di kawasan berkenaan harus bekerjasama rapat di antara satu sama lain," katanya. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan