Exco Perak: MB umum portfolio, lantik tiga penasihat

Diterbitkan: Rabu, 11 Februari 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Empat yang baru dilantik dalam pentadbiran kerajaan negeri Perak hari ini - Naib Presiden MIC, Datuk Dr Veerasingam (atas kiri); Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Kurau, Datuk Najmudin Elias al-Hafiz (atas kanan); Pengerusi Gerakan negeri, Chang Ko Youn (bawah kanan) yang berstatus exco dan ADUN Pengkalan Baharu, Datuk Hamdi Abu Bakar sebagai Ketua Penerangan Kerajaan Negeri bukan berstatus exco.
Empat yang baru dilantik dalam pentadbiran kerajaan negeri Perak hari ini - Naib Presiden MIC, Datuk Dr Veerasingam (atas kiri); Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Kurau, Datuk Najmudin Elias al-Hafiz (atas kanan); Pengerusi Gerakan negeri, Chang Ko Youn (bawah kanan) yang berstatus exco dan ADUN Pengkalan Baharu, Datuk Hamdi Abu Bakar sebagai Ketua Penerangan Kerajaan Negeri bukan berstatus exco.

[DIKEMAS KINI] IPOH: Menteri Besar Perak, Datuk Dr Zambry Abdul Kadir hari ini mengumumkan empat lantikan baru termasuk tiga penasihat kepada Menteri Besar berstatus exco dalam barisan kepimpinan kerajaan negeri yang kini diterajui Barisan Nasional (BN).

Tiga daripada mereka yang dilantik sebagai penasihat kepada Menteri Besar adalah Naib Presiden MIC, Datuk Dr Veerasingam; Pengerusi Gerakan negeri, Chang Ko Youn dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Kurau, Datuk Najmudin Elias al-Hafiz.

Sementara itu, ADUN Pengkalan Baharu, Datuk Hamdi Abu Bakar dilantik sebagai Ketua Penerangan Kerajaan Negeri bukan berstatus exco tetapi diberi kemudahan exco.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar pertamanya di pejabat Menteri Besar di bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri, di sini.

Zambry turut mengumumkan portfolio bagi anggota-anggota exco kerajaan negeri pimpinannya.

Dalam senarai itu, Zambry menjadi Pengerusi Jawatankuasa Perancangan, Ekonomi, Kewangan, Keselamatan, Tanah, Hasil Bumi, Pertanian, Perumahan dan Agama.

Hamidah Osman dilantik exco kanan dengan mempengerusikan Jawatankuasa Industri, Pelaburan, Pembangunan Usahawan, ICT, Pelancongan dan Hal Ehwal Wanita; Datuk Ramly Zahari selaku Pengerusi Jawatankuasa Insfrastruktur, Kemudahan Awam, Tenaga dan Air; Dr Mah Hang Soon sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Kerajaan Tempatan, Hal Ehwal Pengguna, Alam Sekitar, Pengangkutan Awam dan Hal Ehwal Bukan Islam.

Datuk Saarani Mohamad dilantik Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Pembangunan Luar Bandar, Pembasmian Kemiskinan, Perladangan dan Kebajikan; Mohd Zahir Abdul Khalid sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains dan Teknologi, dan Zainol Fadzi Paharuddin sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan.

Zambry turut melantik Najmuddin Elias sebagai Penasihat Hal Ehwal Agama Islam, Datuk Chang Ko Youn selaku Penasihat Hal Ehwal Kaum Cina, dan Datuk S. Veerasingam sebagai Penasihat Hal Ehwal Kaum India.

Zambry mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar yang baru Jumaat lepas selepas BN membentuk kerajaan negeri ekoran tumbangnya kerajaan Pakatan Rakyat berpunca daripada tindakan empat anggotanya keluar parti masingmasing untuk menyokong BN.

iklan

Kolumnis

iklan

Produk Berkaitan

Iklan